Nampaknya, Ogos ini akan menjadi bulan yang meriah buat semua peminat K-Pop!
Umum pasti mengetahui bahawa akan ada ramai artis K-Pop yang akan membuat kemunculan semula pada bulan Ogos ini.
Kumpulan seperti GIRLS’ GENERATION yang akan kembali selepas 5 tahun, BLACKPINK selepas hampir 2 tahun dan ramai lagi kumpulan K-Pop lain yang akan menemui peminat pada bulan ini. Jom lihat antara kumpulan yang akan comeback Ogos ini:
1. GIRLS’ GENERATION
GIRLS’ GENERATION secara rasmi mengumumkan tarikh dan butiran mengenai kemunculan semula mereka yang amat dinantikan pada Ogos ini. Kumpulan itu akan menemui peminat buat kali pertama dalam tempoh lima tahun dengan album studio ketujuh mereka “Forever 1”, yang akan dikeluarkan ada 8 Ogos nanti!
2. BLACKPINK
BLACKPINK telah melancarkan trailer untuk album akan datang mereka, “BORN PINK”. Menurut maklumat pada trailer tersebut, kumpulan itu akan mengeluarkan pra-pelancaran single mereka pada Ogos ini, album penuh pada September dan akan memulakan jelajah dunia pada Oktober nanti. Nantikan!
3. IVE
IVE secara rasmi mengumumkan tarikh dan butiran untuk kemunculan semula mereka yang dijadualkan pada bulan ini. IVE akan kembali dengan album single ketiga mereka “After Like” pada 22 Ogos ini jam 5 petang!
4. TWICE
Album mini ke-11 TWICE yang akan datang “BETWEEN 1&2” menampilkan tujuh lagu keseluruhan beserta judul lagu “Talk That Talk”. Nantikan 26 Ogos ini!
5. CHOI YENA
Selepas lagu hit “Smile”, Choi Ye-na akan kembali menemui peminat dengan mini album baru “SMARTPHONE” pada 3 Ogos nanti!
6. THE BOYZ
THE BOYZ 7TH MINI ALBUM [WHISPER] ARTWORK ANIMATION
2022.08.16 6PM Release#THEBOYZ #더보이즈 #WHISPER pic.twitter.com/myJ9PZ4fQ3
— 더보이즈(THE BOYZ) (@IST_THEBOYZ) July 31, 2022
Album mini THE BOYZ yang akan datang menandakan kemunculan semula Korea pertama mereka dalam tempoh sembilan bulan, selepas album “MAVERICK” yang dikeluarkan pada November tahun lepas. Nantikan album mini ketujuh THE BOYZ “WHISPER” pada 16 Ogos ini!
7. MARK TUAN
https://twitter.com/marktuan/status/1544376661977665537?s=20&t=G-qTwFmwVG-wYaMMcn4Vjg
Siap sedia semua untuk keluaran album pertama Mark GOT7 “the other side” yang akan dilancarkan pada 26 Ogos ini!
8. KINO PENTAGON
Kino PENTAGON akan mengeluarkan single solo istimewa berjudul “POSE”! Nantikan pada 9 Ogos ini jam 5 petang.
9. BTS X BENNY BLANCO X SNOOP DOGG
https://twitter.com/bts_bighit/status/1553591465657241600
BTS telah mengeluarkan teaser untuk lagu “Bad Decisions”, kerjasama mereka yang akan datang dengan Benny Blanco dan Snoop Dogg! Sama-sama kita nantikan pada 5 Ogos ini jam 12 tengahari.
10. NEWJEANS
Kumpulan gadis baharu HYBE Labels iaitu NEWJEANS akan debut secara rasmi dengan judul lagu “Cookie” dan album “New Jeans” pada hari ini! Muzik video bagi “Cookie” boleh mula ditonton pada jam 5 petang nanti.
Meriah la bulan Ogos ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.