Ikuti Kami:

Penuh Plot Twist, Rating ‘Perfect Family’ Turun Naik

Penuh Plot Twist, Rating ‘Perfect Family’ Turun Naik

Ramai kan yang sedang menonton “Perfect Family” sekarang?

Terbaru, “Perfect Family” menamatkan separuh pertama siarannya dengan catatan purata sebanyak 2.5%. Malah ia merupakan rating terendah sepanjang tayangannya.

Sejak awal tayangan, drama ini menunjukan rating yang kurang stabil di mana ia kerap turun naik dari catatan 3% ke 2% namun kekal dalam lingkungan 2% sahaja kini.

Walau bagaimanapun, ramai yang kagum dengan pembinaan plot drama ini memandangkan penonton tidak dapat meneka siapa yang benar-benar antagonis di dalam keluarga itu.

perfect family

“Perfect Family” adalah sebuah drama misteri tentang keluarga yang kelihatan bahagia dan sempurna yang mula mencurigai satu sama lain apabila anak perempuan mereka terlibat dalam kes pembunuhan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Nielsen Korea

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...