Ikuti Kami:

Penuh Persoalan & Muslihat, Episod Awal Drama Misteri ‘The Goddess Of Revenge’ Raih Rating Baik

Penuh Persoalan & Muslihat, Episod Awal Drama Misteri ‘The Goddess Of Revenge’ Raih Rating Baik

TV Chosun akhirnya menayangkan drama terbaru di salurannya iaitu “The Goddess Of Revenge”

Sinopsis ringkas

“The Goddess Of Revenge” merupakan drama misteri mengenai seorang wanita yang tanpa sengaja mendapat peluang untuk membalas dendam. Dalam proses tersebut, wanita itu mendapati dirinya berdepan dengan orang yang berpengaruh dalam masyarakat.

Kim Hae-ra (Kim Sa-rang) pernah bekerja sebagai wartawan namun tiada siapa yang menghargai kerjanya. Kini, selepas berkahwin dengan seorang selebriti, dia menjadi antara individu berpengaruh di Korea Selatan. Namun begitu, tanpa sengaja, dia terlibat dengan satu skandal yang menyebabkan dia dihumban ke lembah paling gelap. Kim Hae-ra walaubagaimanapun bangkit untuk membalas dendam.

tv chosun the revenge of the goddess

Cha Min-joon (Yoon Hyun-min) ialah seorang peguam dingin yang mempunyai kadar kemenangan 100%. Selepas keluarganya terperangkap di penipuan dan musnah, dia hanya memikirkan mengenai kejayaan dan cara untuk membalas dendam bagi pihak keluarganya.

Dimulai dengan penuh misteri

[Amaran SPOILER]

Meskipun Cha Min-joon nampak baik dan cuba membantu Kim Hae-ra yang dilanda musibah dengan membebaskannya daripada tahanan namun sepertinya ada udang di sebalik batu. Daripada sedutan masa lepas yang diselit dalam beberapa episod awal ini, lelaki itu sebenarnya sedang menjalani misi rahsia untuk mencari kebenaran di sebalik kehilangan adiknya Mi-yeon dan Hae-ra merupakan kunci kepada rahsia itu dek dia ialah pemberita yang terakhir melaporkan mengenai kes tersebut sebelum menghilangkan diri.

tv chosun the revenge of the goddess

Penonton tak sabar menantikan apakah pelan sebenar Cha Min-joon dalam menggunakan Kim Hae-ra sebagai umpannya.

[SPOILER Tamat]

Rating baik

Walaupun ditayangkan di TV Chosun iaitu saluran berbayar namun “The Goddess Of Revenge” menunjukkan prestasi yang baik apabila mampu mencatatkan rating yang baik pada awal tayangannya. Menurut laporan rasmi, episod pertamanya telah meraih rating sebanyak 3.4% dan 4.1% manakala episod kedua menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 3.7% dan 4.2%.

Tayangan awal “The Goddess Of Revenge” boleh tahan menarik, jadi disyorkan anda juga menontonnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...