Ikuti Kami:

Penuh Momen Kelakar & Lakonan Dipuji, Episod Awal ‘A Business Proposal’ Capai Rating Baik

Penuh Momen Kelakar & Lakonan Dipuji, Episod Awal ‘A Business Proposal’ Capai Rating Baik

Siapa yang sukakan drama kelakar bagi menghilangkan seharian penat bekerja atau belajar, sepertinya “A Business Proposal” merupakan jawapan buat anda.

Sinopsis

“A Business Proposal” ialah drama komedi romantis tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke ‘blind date’ dengan CEO syarikatnya, menggantikan rakannya sambil menyembunyikan identiti sebenar.

Permulaan menghiburkan

[Amaran SPOILER]

Kisah pening Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) bermula apabila dia bersetuju menggantikan tempat rakannya, Jin Young-seo (Seol In-ah) dalam sebuah temu janji buta kerana memerlukan wang.

Sudah pun merancang untuk berkelakuan buruk bagi membuatkan si lelaki serik, namun tidak disangka bahawa pasangan janji temunya itu merupakan bos di syarikatnya sendiri iaitu Kang Tae-mu (Ahn Hyo-seob). Pun begitu, Shin Hari- terus berlakon sebagai Jin Young-seo demi mendapatkan wang yang dijanjikan.

sbs a business proposal

Malang tidak berbau apabila Kang Tae-mu menyukai sikap pelik Jin Young-seo palsu dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita tersebut atas desakan datuknya. Pilihan bosnya nyata membuatkan Shin Ha-ri tidak keruan selain terpaksa menyorokkan identitinya ketika di pejabat.

Namun semuanya terbongkar akhirnya di episod seterusnya, dan Shin Ha-ri mengakui bahawa dia hanya melakukannya demi wang. Mengejutkan apabila Kang Tae-mu tetap berkeras untuk berkahwin kontrak dengan wanita tersebut dan menjanjikan bayaran dua kali ganda buatnya.

Episod itu berakhir dengan Shin Ha-ri yang terus memikirkan tawaran tersebut memandangkan wang yang ditawarkan mampu membersihkan hutang keluarganya. Adakah dia akan menerimanya, sama-sama kita nantikan!

sbs a business proposal

Rating memuaskan

“A Business Proposal” ternyata berjaya membuka pintunya dengan pujian daripada penonton dek plot yang menghiburkan dan mengasyikkan. Meskipun memaparkan kisah romantik yang klise namun cara penceritaan drama itu membuatkan penonton tidak kering gusi.

Malah lakonan Kim Se-jeong sebagai Shin Ha-ri turut dibanjiri respon positif kerana tingkah laku kalut watk tersebut nyata membuatkan dia disayangi ramai. Bahkan ada komen yang menyamakan wanita itu dengan lakonan Emma Stone. Hebat!

sbs a business proposal

Untuk episod pertama, “A Business Proposal” berjaya meraih rating sebanyak 4.9% namun menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada episod kedua dengan catatan 6.5%. Baik kan penerimaan penonton?

Korang dah layan ke “A Business Proposal”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...