Ikuti Kami:

Penuh Ketamakan, Episod Awal Drama Thriller Psikologi ‘Artificial City’ Catat Rating Biasa

Penuh Ketamakan, Episod Awal Drama Thriller Psikologi ‘Artificial City’ Catat Rating Biasa

K-Drama yang best apabila ia dilengkapi pelbagai tema seperti pengkhianatan, kecurangan, ketamakan, pembalasan dendam dan perebutan kuasa. Sama seperti “Artificial City” yang baru ditayangkan, memang feel betul bila tengok!

Sinopsis

“Artificial City” ialah drama thriller misteri psikologi mengenai kehidupan beberapa watak yang bercita-cita tinggi dan keinginan berbelit dan tersembunyi di sebalik sisi gelap masyarakat.

Episod awal berbelit

[Amaran SPOILER]

Perkahwinan Yoon Jae-hee (Soo Ae) dan Jung Joon-hyuk (Kim Kang-woo) yang nampak normal secara luaran sebenarnya tersimpan pelbagai rahsia. Wanita itu sanggup meninggalkan kekasihnya bagi mengahwini lelaki berkenaan meskipun dia digelar sebagai ‘anak haram’ Kumpulan Sungjin. Bukan itu sahaja, Yoon Jae-hee turut mengetahui bahawa suaminya curang namun terus berpura-pura tidak tahu dan meneruskan misinya untuk menjadikan Jung Joon-hyuk sebagai presiden Korea Selatan.

jtbc artificial city

Lelaki yang bekerja sebagai pembaca itu juga bukanlah calang-calang orang kerana dia juga mempunyai misi untuk merebut kuasa walaupun nampak seperti tidak mempunyai impian yang besar. Dalam pada itu, Yoon Jae-hee sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan impian tersebut termasuklah berlaga angin dengan mertuanya sendiri yang turut bercita-cita tinggi.

Rating biasa

Untuk episod awal ini, “Artificial City” merekodkan catatan rating yang stabil iaitu 3.576% untuk episod pertama namun menurun sedikit kepada 2.628% untuk episod kedua. Pun begitu, ramai berpuas hati melihat tayangan awalnya yang memukau selain membuatkan semua menantikan episod akan datang.

jtbc artificial city

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...