Ikuti Kami:

Penuh Elemen Suspen, Tonton Filem & Drama Korea Ini Yang Ada Zombi!

Penuh Elemen Suspen, Tonton Filem & Drama Korea Ini Yang Ada Zombi!

Siapa di sini gemar tonton filem atau drama Korea yang ada zombi?

Naskhah yang ada unsur zombi seringkali dapat sambutan dari peminat. Ia biasanya menggambarkan manusia yang terdedah kepada virus aneh yang datang dari senjata biologi, haiwan dan lain-lain. Ia juga digambarkan sebagai mayat hidup. Di Korea, filem zombi yang tidak asing lagi adalah seperti “Train To Busan”, yang telah memenangi pelbagai anugerah hebat, namun, terdapat banyak lagi drama dan filem Korea yang dihasilkan buat mereka yang suka tonton cerita seram zombi. Antaranya ialah:

1. Peninsula (2020)

PENINSULA

Filem ini mengisahkan tentang Jung Seok (lakonan Gang Dong-won), iaitu seorang bekas tentera yang menerima misi untuk memimpin skuadronnya ke kawasan terbiar di Semenajung Korea Selatan, bagi mendapatkan trak yang penuh dengan wang tunai. Tetapi malangnya, mereka disambut oleh segerombolan mayat hidup. Filem ini juga diarahkan oleh pengarah filem “Train to Busan”, Sang Ho-yeon.

2. Alive (2020)

ALIVE NETFLIX

Dikeluarkan di Korea Selatan pada 24 Jun 2020, filem ini mengisahkan tentang sebuah bangunan berpenduduk padat di bawah kepungan daripada pencerobohan zombi ganas yang disebakan oleh virus yang tidak diketahui, yang turut menyebabkan Oh Joon-wo (lakonan Yoo Ah-in) cuba untuk menyelamatkan dirinya dan keluar dari bangunan tersebut. Filem “Alive” ini juga turut dibintangi oleh Park Shin-hye.

3. Happiness (2021)

HAPPINESS KDRAMA

Drama siri “Happiness” ini membawa genre romantik komedi, thriller dan fantasi. Lakonan oleh Park Hyung-sik dan Han Hyo-joo, drama ini menceritakan tentang penduduk di sebuah apartmen yang terpaksa berhadapan dengan zombi di bangunan mereka. Watak psikopat tersembunyi dan kisah percintaan antara watak utama, menambahkan keterujaan penonton untuk tonton drama ini sehingga episod akhir.

4. Train To Busan (2016)

TRAIN TO BUSAN

Filem zombi yang tidak asing lagi bagi penggemar filem Korea, filem ini dibintangi oleh Gong Yoo, Ma Dong-seok dan ramai lagi pelakon hebat. Filem yang telah memperoleh $80.5 juta di Korea Selatan ini, membawa kisah tentang pengorbanan seorang bapa yang bermati-matian cuba melindungi anak perempuannya di atas kereta api, yang ditakluki wabak zombi yang sedang berlaku. Setiap watak telah berjaya menyampaikan emosi yang berbeza, yang menjadikannya popular di seluruh dunia.

5. The Odd Family: Zombie On Sale (2019)

THE ODD FAMILY: ZOMBIE ON SALE

Salah satu filem zom-com (komedi zombi) terbaik di Korea Selatan ialah filem “The Odd Family: Zombie On Sale”, diarahkan oleh Lee Min-jae. Filem ini berkisarkan tentang keluarga Park yang terancam apabila seorang patriak tua digigit oleh zombi secara tiba-tiba. Apabila keluarga itu mengetahui bahawa zombi itu dicipta kerana percubaan haram yang dijalankan oleh syarikat farmaseutikal yang korup, keluarga Park cuba untuk menggunakan eksperimen itu untuk keuntungan mereka sendiri. Walaupun ada zombi, dialog kelakar yang kadangkala keluar dari watak dalam filem tersebut, buat penonton terhibur.

6. Rampant (2018)

RAMPANT

Filem yang dibintangi Hyun Bin ini mengisahkan tentang Putera Joseon, Lee Chung (lakonan Hyun Bin) yang diculik oleh keluarga Qing yang berkuasa, dengan rancangan untuk melantiknya sebagai Putera Mahkota yang baharu. Ketika Lee Chung sedang bertanding, serangan tanpa heti daripada ‘syaitan malam’ yang mengerikan telah memusnahkan seluruh wilayah. Walaupun filem ini tidak begitu popular seperti filem berskala besar yang lain namun, ia kekal sebagai contoh epik, tentang bagaimana Korea Selatan telah meletakkan putaran uniknya sendiri untuk naskah fiksyen zombi.

7. The Wailing (2016)

THE WAILING

Filem “The Wailing” yang mula ditayangkan pada 2016, menceritakan tentang kejadian ghaib yang melanda sebuah bandar nelayan kecil selepas kedatangan orang asing yang misteri. Penyakit virus mula merebak ke seluruh dusun, yang dianggap sebagai akibat daripada roh jahat di wilayah itu. Pegawai polis di situ iaitu Jong-goo (lakonan Kwak Do-won) akan cuba untuk menyelesaikan misteri zombi tersebut, dengan campuran unsur budaya dan genre yang menarik perhatian. Filem ini juga turut dibintangi oleh Hwang Jung-min dan Chun Woo-hee.

8. Kingdom (2019)

KINGDOM

Drama siri zombi di Korea yang turut menjadi bualan ramai adalah “Kingdom”. Berlatarkan semasa Dinasti Joseon Korea, tiga tahun selepas Perang Imjin, musim pertama “Kingdom” ini mengikuti kisah Putera Mahkota Lee Chang (lakonan Ju Ji-hoon) dan orang bawahannya, yang terjumpa wabak luar biasa yang telah membangkitkan orang mati, semasa siasatannya terhadap konspirasi politik dan khabar angin tentang kematian Raja Joseon. Drama ini turut dibintangi oleh Bae Doo-na dan Ryu Seung-ryong.

9. Dark Hole (2021)

DARK HOLE KDRAMA

Drama siri yang dikeluarkan oleh OCN ini dibintangi oleh Kim Ok-vin dan Lee Joon-hyuk. “Dark Hole” mengisahkan tentang sekumpulan mangsa yang terselamat, yang terpaksa bertarung nyawa apabila berdepan dengan situasi di mana apabila manusia menghirup asap gelap misteri dari lubang benam, mereka akan berubah menjadi zombi. Lee Hwa-sun (lakonan Kim Ok-vin) bergelut untuk menyelamatkan penduduk di Bandar Muji, dan dalam pada masa yang sama, cuba untuk mencari pembunuh suaminya.

Fuhh, baca sinopsis pun dah rasa meremang la. Yang mana korang pernah tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...