Ikuti Kami:

Penuh Elemen Berisiko, Siri Zombi ‘All Of Us Are Dead’ Raih Rating Lebih Tinggi Dari ‘Squid Game’

Penuh Elemen Berisiko, Siri Zombi ‘All Of Us Are Dead’ Raih Rating Lebih Tinggi Dari ‘Squid Game’

Masuk 2022 nanti, akan ada lagi drama bertemakan zombi bakal disajikan buat peminat K-Drama.

Bakal ditayangkan di Netflix, “All Of Us Are Dead” diadaptasi daripada webtoon popular dan membawa kisah di sekumpulan pelajar terperangkap di sebuah sekolah yang dijangkiti virus zombi sehingga mereka perlu membuat keputusan ekstrem untuk meloloskan diri.

Jika dilihat naskhah asalnya, ianya menggambarkan pertempuran yang sangat kejam dan luar imaginasi lantas agak mengerikan. Jadi tak peliklah apabila persatuan rating video menyatakan bahawa “All Of Us Are Dead” meraih rating tinggi bagi 5 kategori iaitu keganasan, kata-kata kotor, seram, dadah dan risiko ditiru.

netflix all of us are dead

Bahkan ianya lebih tinggi dari rating yang diberikan kepada “Squid Game” dalam 4 kategori dan dijangkakan ianya tidak boleh dotonton oleh sesiapa di bawah umur.

Untuk pengetahuan, drama ini menampilkan ramai pelakon baru dan muda iaitu Yoon Chan-young, Park Ji-hoo, Jo Yi-hyun, Ro Mon, Yoo In-soo, Lee Sang-hee, Ha Seung-ri, dan Lee Yoo-mi.

Korang mesti tak sabar nak tonton kan? Nantikan pada 2022 ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...