Ikuti Kami:

Penuh Dengan Momen Kelakar, Episod Awal ‘My Roommate Is A Gumiho’ Catat Rating Memuaskan

Penuh Dengan Momen Kelakar, Episod Awal ‘My Roommate Is A Gumiho’ Catat Rating Memuaskan

Merupakan drama Korea pertama dihasilkan iQIYI sudah pasti ramai yang tak sabar menantikan tayangan perdana “My Roommate Is A Gumiho”.

Sinopsis

“My Roommate Is A Gumiho” (diadaptasi daripada webtoon), membawa kisah seorang pelajar kolej iaitu Lee Dam (Hye-ri) yang tanpa sengaja tertelan guli seorang gumiho lelaki bernama Shin Woo-yeo (Jang Ki-yong) yang kian hampir mencapai impiannya untuk menjadi manusia. Apabila seseorang menelan guli tersebut, mereka akan hanya hidup selama setahun sebelum guli itu pecah dan menghalang gumiho itu daripada berubah menjadi manusia. Disebabkan itu, Shin Woo-Yeo meminta Lee Dam untuk tinggal bersama dan sekaligus bermulalah kisah cinta di antara mereka.

tvn my roommate is a gumiho

Episod awal bermula baik

Nampaknya ramai yang menyukai keserasian di antara Hye-ri dan Jang Ki-yong. Malah mereka berdua sudah pun mencipta keserasian tersebut sejak mula dipasangkan dalam beberapa jadual seni sebelum ini seperti temubual dan juga penggambaran majalah.

Disebabkan oleh itu, penonton terus boleh merasakan keserasian mereka sejak daripada babak awal “My Roommate Is A Gumiho”.

Rata-rata penonton menyukai elemen menggeletek hati yang dibawa oleh drama ini, daripada kespresi wajah ekstra Lee Dam serta rakan baik, Shin Woo-yeo dan Yang Hye-sun (Kang Han-na) yang ‘masuk air’ bersama.

my roommate is a gumiho

Rating memuaskan

Episod awal drama ini menunjukkan prestasi yang memuaskan apabila episod perdananya berjaya meraih rating sebanyak 5.3%. Meskipun turun kepada 4.2% semasa tayangan episod kedua, namun ramai yang sepertinya terhibur menonton “My Roommate Is A Gumiho”.

Apa pula kata korang? Best tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...