Ikuti Kami:

Penuh Debaran & Saspens, Episod Awal ‘Chimera’ Raih Rating Biasa

Penuh Debaran & Saspens, Episod Awal ‘Chimera’ Raih Rating Biasa

OCN kembali lagi dengan drama menyeramkan dan pastinya akan buat anda tak senang duduk.

Sinopsis

“Chimera” ialah drama misteri mengenai detektif unit jenayah keganasan bernama Jae-hwan (Park Hae-soo), seorang profiler penjenayah bernama Yoo-jin (Claudia Kim) dan seorang doktor bedah bernama Jung-yeob (Lee Hee-joon) yang bergabung tenaga dengan alasan tersendiri bagi membongkar kebenaran disebalik ‘Chimera’ iaitu kes pembunuhan bersiri yang kembali berlaku selepas 35 tahun.

Bermula saspens

[Amaran SPOILER]

Dari awal episod, penonton telah didedahkan dengan ‘Chimera’ sebenar iaitu Lee Jung-yeob (Lee Hee-joon) di mana dia menyuruh Cha Jae-hwan (Park Hae-soo) supaya membunuhnya. Kemudian, babak itu membawa semula kepada permulaan kes ‘Chimera’ disiasat apabila satu letupan yang sama pada 35 tahun kembali berulang.

ocn chimera

Rating rendah

Untuk episod pertamanya, “Chimera” hanya mampu berpuas hati dengan catatan sebanyak 0.8% sahaja dan menunjukkan peningkatan kepada 1.4% bagi episod seterusnya. Dalam pada itu, penonton terus memuji OCN kerana berjaya membuatkan drama ini nampak saspens dek pelbagai babak mendebarkan dan membuatkan ramai tak senang duduk.

Not bad juga episod awal “Chimera” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...