Penuh Cerita Rahsia, ‘The Veil’ Bakal Tayang 2 Episod Khas Buat 3 Watak Sampingan

mbc mobius: the veil

Semakin menghampiri penamat, “The Veil” mendedahkan bahawa mereka akan menayangkan dua episod khas nanti.

[Amaran SPOILER]

Mencapai klimaks cerita, penonton terkejut melihat kematian Jang Chun-woo (Jung Moon-sung) dan Seo Soo-yeon (Park Ha-sun), di mana Han Ji-hyuk mempercayai bahawa wanita itulah yang mengkhianatinya.

Spin-off itu nanti dinamakan “Möbius: The Veil” dan ianya akan memberi fokus kepada cerita bekas wartawan berita antarabangsa Seo Soo-yeon, ejen biro informasi luar negara Jang Chun-woo dan pengurus hal ehwal asing Do Jin-sook (Jang Young-nam). Oleh itu, penonton akan disajikan perspektif watak tersebut dan memahami dengan lebih mendalam mengenai siri berkenaan.

mbc mobius: the veil

Komen produser,

Setiap watak dalam ‘The Veil’ mempunyai cerita rahsia mereka sendiri. Terutamanya, kami rasakan perlu ada penerangan mengenai transformasi drastik Seo Soo-yeon, perubahan hatinya dan latar belakang wanita itu. Kami mahu menayangkan cerita drama tersebut secara asing daripada 12 episod cerita utama, jadi idea mengenai spin-off ini sudah dirancang sejak permulaan lagi.

“Möbius: The Veil” akan ditayangkan pada 29 dan 30 Oktober pada 10 malam, iaitu seminggu selepas cerita utama “The Veil” menamatkan siaran.

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai watak mereka kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply