Ada tak yang dah tonton penampilan istimewa Park Seo-joon dalam filem “The Marvels”?
Sebelum ini, sesetengah penonton telah meluahkan rasa kecewa mereka kerana Park Seo-joon hanya muncul selama kurang dari 3 minit dalam projek debutnya di Hollywood itu.
Untuk pengetahuan, lelaki itu membawa watak sebagai Putera Yan, seorang ketua di planet muzik di mana semua orang menyanyi dan berkomunikasi. Mengenai pengalamannya untuk menghidupkan watak itu, Park Seo-joon berkongsi dalam satu video,
Saya rasa mereka menyemak julat vokal saya sebelum membuat lagu yang saya harus nyanyikan, jadi saya tiada masalah untuk menyanyi. Semasa penggambaran, saya akan cuba untuk fokus mendalami watak dari menyanyi dengan baik.
Kemudian mengenai penampilannya yang berdurasi hanya kira-kira dua ke tiga minit dalam filem berkenaan, pelakon itu menjelaskan,
Saya rasa Aladna dan Putera Yan adalah tempat dan tokoh yang penting untuk menunjukkan pertumbuhan Carol Danvers. Mungkin ada yang menganggap bahagian saya terlalu pendek tetapi saya percaya ia memainkan peranan penting dalam keseluruhan naratif ‘The Marvels’.
Ni baru projek pertama, mana tau lepas ni Park Seo-joon dapat watak utama di pasaran Hollywood, kan?