Ikuti Kami:

Pentas Kolaborasi Kumpulan Gadis Di ‘KBS Song Festival’ Terima Banyak Pujian

Pentas Kolaborasi Kumpulan Gadis Di ‘KBS Song Festival’ Terima Banyak Pujian

Kini adalah masa apabila banyak acara akhir tahun diadakan!

Untuk acara 2021 ‘KBS Song Festival’ yang diadakan pada 17 Disember, ramai selebriti berkumpul bersama untuk membuat persiapan persembahan istimewa untuk acara akhir tahun itu. Antara persembahan yang menjadi perhatian orang ramai adalah pentas kolaborasi antara ahli daripada kumpulan popular, iaitu BRAVE GIRLS, RED VELVET, OH MY GIRL, ITZY, STAYC dan IVE. Mereka telah bersama-sama mengadakan persembahan lagu “Way To Go” oleh GIRLS’ GENERATION!

Ahli yang terlibat untuk persembahan itu adalah Wendy RED VELVET, Ji-ho OH MY GIRL, Yu-na BRAVE GIRL, Yu-na dan Chae-ryeong ITZY, Si-eun dan Yoon STAYC, dan Jang Won-young dan Ahn Yu-jin IVE. Kesemua mereka kelihatan cantik di atas pentas, menggayakan skirt putih padan dengan baju sejuk berwarna pastel.

kbs song festival collab stage

Antara komen netizen tentang persembahan mereka:

Mereka semua sangat cantik.

Pentasnya sangat bagus, mereka mempunyai kerjasama yang baik.

Saya rasa vokal terbaik ialah Wendy, visual terbaik ialah Yoon STAYC, Yu-na ITZY, dan Won-young IVE, penari terbaik ialah Yu-na ITZY. Mereka inilah yang menarik perhatian saya.

Mereka semua nyanyi dengan sangat bagus.

Tonton persembahan kolaborasi mereka di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...