Ikuti Kami:

PENTAGON Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia Dengan Album Baharu ‘IN:VITE U’

PENTAGON Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia Dengan Album Baharu ‘IN:VITE U’

PENTAGON telah mencipta pencapaian hebat dengan mini album ke-12 mereka “IN:VITE U”!

“IN:VITE U”, bersama-sama dengan lagu utama “Feelin’ Like”, telah dikeluarkan pada 24 Januari. Menjelang 25 Januari, album tersebut telah meningkat ke No. 1 dalam carta Album Teratas iTunes, di 30 wilayah di seluruh dunia termasuk Rusia, Mexico, Brazil, Sepanyol dan Poland.

Selain itu, lagu utama “Feelin’ Like” juga, telah berjaya menduduki tempat No. 1 pada carta Lagu Teratas iTunes di 11 wilayah, termasuk Mexico, Brazil, Argentina, Ecuador, Colombia dan Peru.

Sementara itu, “Feelin’ Like” ialah lagu pop dan R&B dengan intro dan lirik menarik yang ditulis oleh ahli Jin-ho, Kino dan Woo-seok.

Tahniah PENTAGON atas pencapaian ini! Jom dengar lagu mereka “Feelin Like”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...