Ikuti Kami:

Penonton Tertarik ‘The Penthouse’ Penuh Saspens, Berjaya Raih Rating Lebih 10% Pada Episod Awal

Penonton Tertarik ‘The Penthouse’ Penuh Saspens, Berjaya Raih Rating Lebih 10% Pada Episod Awal

Dengar cerita, ramai terpersona lepas tonton drama “The Penthouse”?

Sinopsis ringkas

Berlatarbelakangkan kondominium penthouse mewah dengan 100 tingkat, drama ini membawa kisah konflik di antara tiga wanita: Shim Soo-ryeon (Lee Ji-ah) yang lahir dalam keluarga kaya dan merupakan ‘permaisuri’ di penthouse tersebut, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) iaitu ‘primadona’ yang sombong dan kaya di penthouse tersebut dan Oh Yoon-hee (Eugene) yang lahir dalam kancah kemiskinan tetapi berusaha keras untuk memasuki dunia kelas atasan untuk memastikan hidup yang baik untuk anak perempuannya.

Permulaan dengan debaran

[Amaran SPOILER]

Babak permulaan “The Penthouse” ternyata berjaya merebut perhatian penonton untuk terus kekal menonton sehingga ke penghujungnya. Bayangkan anda disajikan dengan babak seorang gadis yang jatuh menjunam di atas patung air pancut sambit darah terpecik merata, semestinya anda akan menonton sehingga ke akhirnya kan sebab perasaan ingin tahu.

Walaubagaimanapun, babak itu bersambung dengan permulaan kisah pada dua bulan lepas mengenai kehidupan tiga wanita yang berbeza iaitu Shim Soo-ryeon, Cheon Seojin dan Oh Yoon-hee. Daripada awal lagi dapat dilihat mengenai Oh Yoon-hee yang merupakan ejen hartanah dan sanggup melakukan apa sahaja bagi menegakkan keadilan buat anaknya selepas remaja itu dituduh bertindak kasar terhadap rakannya yang juga merupakan anak orang kaya sehingga terpaksa dipanggil ke persatuan disiplin sekolah.

Malah Oh Yoon-hee sebenarnya merupakan seorang penyanyi soprano yang sedang menaik suatu ketika dahulu sebelum dikhianati oleh Cheon Seo-jin yang mengelar lehernya sekaligus memusnahkan masa depan wanita itu. Kini, Cheon Seo-jin merupakan seorang yang kaya dan kembali bertemu dengan Oh Yoon-hee dan bersedia untuk menyambung pertempuran mereka demi anak masing-masing.

Cheon Seo-jin merupakan seorang yang penuh muslihat apabila dalam diam, dia telah menggoda suami Shim Soo-ryeon dan berjanji akan merahsiakan perbuatan ‘belot’ mereka ini. Wanita ini juga berterusan menyusahkan hidup Oh Yoon-hee dengan menggunakan ‘jalan belakang’ untuk menggagalkan usaha anak wanita itu Bae Ro-na daripada diterima masuk ke Sekolah Seni Cheongah.

Saksikan bagaimana kehidupan ketiga-tiga wanita ini akan terus berselirat sehingga membawa kejadian malang yang ditayangkan pada awal episod perdana.

[SPOILER Tamat]

Rating tinggi

“The Penthouse” ternyata berjaya meraih perhatian ramai kerana episod perdana yang ditayangkan telah meraih rating sebanyak 6.7%, 9.2% dan 9.1%. Bahkan drama kekeluargaan ini terus mencipta rekod yang baik pada episod ke-2 dek melepasi garisan rating 10% dengan catatan 8.2%, 9.8% dan 10.1%.

Mungkin juga kerana watak utama yang ditonjolkan di dalam drama ini mempunyai muslihat sendiri dan tiada yang benar-benar naif mahupun baik membuatkan ia menjadi satu premis yang lain daripada yang lain.

Jangan lupa saksikan “The Penthouse” pada setiap Isnin dan Selasa, hanya di SBS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...