Ikuti Kami:

Penonton Terlampau Obses Sampai Reka Cerita Yoon Seri Mengandung, Ini Kata Pihak “Crash Landing On You”

Penonton Terlampau Obses Sampai Reka Cerita Yoon Seri Mengandung, Ini Kata Pihak “Crash Landing On You”

Tak dapat dinafikan bahawa fenomena drama “Crash Landing On You” memang hebat sampaikan ramai penonton yang masih lagi menyebut tentangnya walaupun sudah hampir seminggu tamat. Meskipun pada awalnya, plot cerita naskhah gandingan Son Yejin dan Hyunbin ini dikatakan ketinggalan zaman tetapi mereka berjaya membuktikan kehebatan drama itu dengan rating yang hebat sekali!

Seperti yang penonton semua ketahui, “Crash Landing On You” diakhiri dengan kesedihan buat pasangan Seungjun dan Seo Dan manakala pasangan Seri dan Junghyuk pula akhirnya berjaya mengecap bahagia selepas pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi bagi membuktikan cinta mereka yang abadi.

episod akhir crash landing on you

Disebabkan mendapat perhatian yang banyak daripada penonton, sampaikan mereka membuat tebakan daripada imaginasi sendiri mengenai sambungan kisah Seri dan Junghyuk. Ini kerana gambar yang dimuat naik oleh pihak produksi “Crash Landing On You” pada akhir tayangan drama itu. Diiringi pula dengan kapsyen,

Tahun hadapan dan tahun berikutnya juga adalah hari yang bahagia, kerana ‘Crash Landing On You’ akan sentiasa mengingati anda.

Melihatkan gambar intim antara kedua watak tersebut, peminat buat spekulasi bahawa pasangan tersebut telah berkahwin selepas disatukan dan Seri dikatakan sedang berbadan dua! Kalau anda nak tahu, punyalah obses dengan pengakhiran drama ini sampaikan peminat buat teori dan plot sendiri bagaimana kehidupan Seri dan Junghyuk selepas ianya tamat tayangan.

son yejin dan hyunbin

Walaubagaimanapun, sumber daripada “Crash Landing On You” sendiri telah tampil dan menafikan semua khabar angin mengenai sambungan kisah watak Seri dan Junghyuk.

Saya rasa teori dan spekulasi mengenai Seri mengandung muncul daripada beberapa keping gambar adalah sebab ramai penonton yang mempunyai minat yang mendalam dengan drama ini. Merepek sahaja.

Fuhh! Punyalah taksub dengan drama “Crash Landing On You”, sehingga para penonton setia sanggup reka sambungan kisah hidup Seri dan Junghyuk selepas melihat gambar mesra mereka bersama.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...