Ikuti Kami:

Penonton Terkejut Lihat Babak Ciuman ‘Mendalam’ Shin Hyesun & Ahn Bohyun Dalam ‘See You In My 19th Life’

Penonton Terkejut Lihat Babak Ciuman ‘Mendalam’ Shin Hyesun & Ahn Bohyun Dalam ‘See You In My 19th Life’

Keseronokan sebuah drama ditentukan dengan keserasian pasangan teraju utamanya. Setuju tak?

Dalam episod terbaru “See You In My 19th Life”, penonton tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka apabila melihat hubungan Ban Ji-eum (Shin Hye-sun) dan Moon Seo-ha (Ahn Bo-hyun) yang semakin rapat meskipun lelaki itu cuba menafikan perasaan tersebut pada awalnya.

Hubungan mereka semakin berbelit apabila Moon Seo-ha dan Ban Ji-eum mendapat tahu bahawa kemalangan nyawa yang melibatkan mereka dahulu sebenarnya dirancang oleh orang yang rapat. Tidak sangka ada cerita lain, wanita itu telah mendekati Moon Seo-ha bagi menenangkan hatinya.

see you in my 19th life

Semasa bibirnya dikucup lelaki itu, Ban Ji-eum mengusik,

Awak cium saya ke?

Balas Moon Seo-ha gagap,

Itu bukan cium, hanya kucupan.

Kemudian, Ban Ji-eum terus mencium Moon Seo-ha bagi meluahkan perasaan yang mendalam buat lelaki berkenaan.

Komen penonton,

Mereka berdua sangat serasi.

 

Selama 30 tahun saya hidup, pertama kali tengok babak ciuman sedalam ini.

 

Drama yang paling best sekarang ini.

 

Keserasian mereka memang hebat tapi kenapa rating tak tinggi..

Wow!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...