Ikuti Kami:

Penonton Tergamam Lihat Cha Eunwoo ‘Belanja’ Badan Sado Dalam ‘A Good Day To Be A Dog’

Penonton Tergamam Lihat Cha Eunwoo ‘Belanja’ Badan Sado Dalam ‘A Good Day To Be A Dog’

Setelah lama menanti, Cha Eun-woo kembali menemui penonton dengan drama baru berjudul “A Good Day to be a Dog”.

Untuk pengetahuan, “A Good Day to be a Dog” adalah drama percintaan antara seorang wanita yang ingin memecahkan sumpahan yang mengubahnya menjadi anjing pada setiap subuh dan seorang lelaki yang takut dengan anjing.

Selepas episod pertama bersiaran, drama ini telah berjaya menarik perhatian penonton dengan plot yang seronok dan turut memuji keserasian antara Cha Eun-woo bersama Park Gyu-young.

Selain itu, satu babak yang menjadi bualan adalah di mana Jin Seo-won (Cha Eun-woo) tampil tidak berbaju, ‘belanja’ penonton badannya yang berotot ketika sedang mandi.

Meskipun lelaki itu pernah mendedahkan badannya kepada orang ramai sebelum ini namun, peminat tetap kagum melihat transformasi badan sado Cha Eun-woo dalam setiap drama. Komen peminat di Twitter,

Saya terus rasa nak tengok drama ini.

 

Eun-woo sangat hot 🥵 bila badannnya mula jadi seperti ini?

 

Saya menjerit ketika babak ini keluar!!

 

Kita perlu bersedia untuk banyak lagi adegan seperti ini.

Fuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...