Ikuti Kami:

Penonton Tak Sangka Ending Bahagia, ‘My Dangerous Wife’ Tamat Dengan Rating Baik

Penonton Tak Sangka Ending Bahagia, ‘My Dangerous Wife’ Tamat Dengan Rating Baik

Drama Korea yang membawa tema pengkhianatan dan misteri memang lain macam tahu berdebarnya. Sama macam drama “My Dangerous Wife” yang baru sahaja menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis ringkas

Sudah pun berkahwin selama 6 tahun, Shim Jae-kyung (Kim Jung-eun) merupakan seorang yang bijak, baik dan kaya namun suaminya dalam diam mula berasa bosan dengan perkahwinan ini. Dalam diam, suaminya iaitu Kim Yoon-cheol (Choi Won-young) bermain cinta dengan Jin Su-mi (Choi Yoo-hwa) iaitu pekerja di restorannya. Tanpa disangka, kehidupan Shim Jae-kyung yang bahagia itu mula serabut selepas dia terlibat dengan sebuah kes penculikan misteri.

episod akhir my dangerous wife

Plot twist sehingga episod akhir

[Amaran SPOILER]

Shim Jae-kyung yang diculik oleh jirannya Ha Eun-hye (Shim Hye-jin) telah diselamatkan oleh Kim Yoon-cheol yang tanpa sengaja ditikam oleh wanita itu. Malah rumah mereka mula dijilat api selepas lilin yang dinyalakan jatuh pada simbahan gasolin di lantai kediaman tersebut.

Meskipun dramatik, Shim Jae-kyung nampaknya baik-baik sahaja dan sedang melalui proses pemulihan selepas tiga bulan kejadian itu berlaku malah Shim Yoon-cheol juga selamat daripada insiden tersebut. Walaupun hilang segala-galanya namun mengejutkan apabila lelaki itu mendapat tahu bahawa isterinya pernah membeli insurans penculikan 20 tahun yang lalu dan mereka kini disirami wang lumayan dek kejadian culik dan rumah terbakar itu.

episod akhir my dangerous wife

Kim Yoon-cheol nampaknya terus kagum dengan muslihat isterinya yang melakukan segala-galanya untuk kebaikan mereka. Disebabkan oleh itu, pasangan ini memulakan kehidupan baru dan menyatakan rasa cinta kepada satu sama lain pada penghujung drama tersebut.

Yang menjadi persoalan penonton ialah, bagaimana Shim Jae-kyung dan Kim Yoon-cheol boleh terus hidup bersama dan bahagia walaupun banyak perkara buruk dan rahsia yang terbongkar di antara mereka selama ini. Adakah kerana keduanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi perkahwinan mereka?

[SPOILER Tamat]

Rating baik

“My Dangerous Wife” nyata menarik perhatian penonton kerana plotnya yang mendebarkan selain plot twist mengujakan pada saban episod. Tiada siapa sebenarnya menyangka bahawa pengakhiran pasangan ini adalah seperti yang ditayangkan. Pelbagai teori yang dicipta namun semuanya ternyata meleset.

Mungkin disebabkan itu, drama ini berjaya mencatatkan rating yang baik sepanjang tayangan. Malah ia turut mencatatkan rekod yang mengagumkan pada episod terakhir iaitu 3.38%.

Siapa minat drama yang mendebarkan seperti ini, memang patut marathon “My Dangerous Wife” sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...