Ikuti Kami:

Penonton Tak Puas Lihat Ending, ‘Young Lady & Gentleman’ Tamat Dengan Rating Tinggi

Penonton Tak Puas Lihat Ending, ‘Young Lady & Gentleman’ Tamat Dengan Rating Tinggi

Akhirnya drama mingguan kegemaran ramai iaitu “Young Lady & Gentleman” sudah pun melabuhkan tirainya.

[Amaran SPOILER]

Selepas melalui pelbagai onak dan duri, Park Dan-dan (Lee Se-hee) dan Lee Young-kuk (Ji Hyun-woo) berkahwin juga akhirnya. Dalam pada itu, Park Dan-dan turut berbaik dengan ibunya, Anna Kim (Lee Il-hwa) dan terus berada di sampingnya sehingga wanita itu menghembuskan nafas terakhir.

kbs young lady and gentleman

Meskipun berakhir bahagia, sepertinya sesetengah penonton kurang berpuas hati dengan kesudahan yang agak terburu-buru,

Mereka cepat-cepat menggulungkan drama ini hingga nampak tak natural.

 

Walaupun hanya drama mingguan, tapi ini tidak boleh diterima.

 

Babak perkahwinan mereka juga nampak tak realistik.

 

Saya menonton hingga ke penghujung hanya kerana pelakonnya.

 

Penulis skrip ini tak patut menulis untuk mana-mana drama lagi.

Meskipun terdapat kritikan namun “Young Lady & Gentleman” terus membuktikan kepopularitiannya apabila mencapai rating tinggi pada saban episod. Untuk episod terakhir, drama mingguan ini mencatat rating sebanyak 36.8%.

kbs young lady and gentleman

Puas tak tengok ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...