Ikuti Kami:

Penonton Tak Puas Hati Babak Watak Utama Sikit, Rating ‘Private Lives’ Terus Kekal Dalam Lingkungan 1%

Penonton Tak Puas Hati Babak Watak Utama Sikit, Rating ‘Private Lives’ Terus Kekal Dalam Lingkungan 1%

Ramai rasanya yang seronok menonton drama “Private Lives” kan? Membawa plot unik di mana ia menampilkan satu ‘scam’ ke ‘scam’ yang lain. Penonton nyata tak boleh terlepas satu episod pun bagi melihat kesudahan drama ini.

Sinopsis “Private Lives”

Para penipu di seluruh pelosok Korea terjumpa dengan ‘kehidupan peribadi’ negara dan memulakan misi untuk membongkarnya. Walaubagaimanapun, pengembaraan itu ternyata sukar kerana mereka perlu menggunakan semua kemahiran yang ada untuk berhadapan dengan syarikat korporat besar. Lee Jung-hwan (Go Kyung-pyo) meskipun nampak seperti seorang kakitangan biasa tapi sebenarnya seorang yang dipenuhi misteri. Manakala Cha Joo-eun (Seo-hyun) pula ialah seorang penipu yang memiliki rupa paras yang cantik dan naif selain turut mencari rezeki dengan kehebatannya menipu.

private lives

Penonton mengadu pelakon utama kurang babak bersama

Bakal memasuki episod ke-10, penonton meluahkan rasa tidak puas hati dengan kekurangan babak watak utama iaitu Go Kyung-pyo dan Seo-hyun. Meskipun terdapat dua watak utama lain iaitu Jung Bok-ji (Kim Hyo-jin), Kim Jae-wook (Kim Young-min) dan Hanson (Tae Won-seok) tetapi sangat pelik apabila watak Lee Jung-hwan dan Cha Joo-eun hanya muncul sekejap sahaja dalam setiap episod. Tak sampai 15 minit kata penonton!

private lives

Rating kekal dalam lingkungan 1%

Walaupu mendapat pujian dek plot yang menarik tetapi “Private Lives” nampaknya terus mencatatkan rating yang rendah pada setiap tayangannya kini. Bahkan ianya terus duduk selesa dalam linkungan 1% daripada episod ke-4 sehingga kini.

Harapnya akan ada perubahan kepada plot dan juga rating drama ini menjelang episod akhir yang akan menemui penonton tiga minggu lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...