Ikuti Kami:

Penonton Risau Kanak-Kanak Bawa Watak Pembunuh Psikopat, Ini Respon Ibu Kim Kanghoon

Penonton Risau Kanak-Kanak Bawa Watak Pembunuh Psikopat, Ini Respon Ibu Kim Kanghoon

Baru sahaja ditayangkan tetapi “Mouse” sudah berjaya menarik perhatian penonton sebagai antara drama thriller psikologi terbaik tahun ini.

Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Lee Hee-joon, Lee Seung-gi, Kyung Soo-jin dan park Ju-hyun, namun episod awal drama ini nyata menyerlahkan bakat lakonan watak kanak-kanak iaitu Kim Kang-hoon dan Jo Yeon-ho dan Seo Min-jae.

Mengangkat tema ‘psikopat’, nampaknya ramai yang meluahkan rasa risau sekiranya babak berat berkenaan akan mengganggu emosi dan pemikiran kanak-kanak berkenaan sehingga mereka tidak boleh membezakan yang baik dan buruk.

tvn mouse

Tambahan pula watak Kim Kang-hoon iaitu Jae-hoon yang membunuh ayah barunya tanpa belas kasihan lantas membuktikan bahawa dia sepertinya mempunyai darah psikopat dek genetik ayahnya.

Mungkin penat diasak oleh penonton, ibu kepada Kim Kang-hun memuat naik entri di laman Instagram bagi menjelaskan mengenai kerisauan ramai itu.

Lakonan hanyalah lakonan, Terdapat ramai yang risau, jadi saya memaklumkan menerusi Instagram mengenainya.

Jadi tak payah lah risau, okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...