Ikuti Kami:

Penonton Puji ‘Record Of Youth’ Menghiburkan, Rating Kian Meningkat Dengan Stabil

Penonton Puji ‘Record Of Youth’ Menghiburkan, Rating Kian Meningkat Dengan Stabil

Semakin maju ke episod seterusnya, semakin ramai yang mula menunjukkan minat terhadap drama ‘orang muda’ iaitu “Record Of Youth” yang kini sedang ditayangkan di tvN dan Netflix.

Sinopsis ringkas

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

episod awal record of youth

Rating semakin meningkat

Walaupun tema yang diangkat oleh drama ini lebih sesuai dengan orang muda yang masih lagi tercari-cari jalan hidup yang stabil tetapi nampaknya ia turut menarik perhatian penonton daripada pelbagai lapisan umur. Daripada episod pertama sehingga ke-4, “Record Of Youth” menunjukkan peningkatan rating yang stabil di mana catatan terbaiknya ialah ketika tayangan episod baru-baru ini iaitu 7.823%.

Mungkin juga ramai yang seronok melihat perhubungan yang kian bercambah di antara Hye-joon dan Jung-ha. Comel melihat hubungan di antara peminat-idola berubah kepada persahabatan. Bahkan ramai yang tersentuh melihat kesusahan kedua mereka untuk mencapai impian yang sudah lama dipendam, sama dengan para penonton yang mungkin mengalami dilema yang sama dalam dunia realiti.

rating record of youth baik

Jangan lupa untuk saksikan “Record Of Youth” pada setiap Isnin dan Selasa untuk melihat kecomelan Hye-joon dan Jung-ha.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...