Ikuti Kami:

Penonton Puji Lee Yikyung & Song Hayoon Dari Park Minyoung & Na Inwoo, Tapi Kenapa?

Penonton Puji Lee Yikyung & Song Hayoon Dari Park Minyoung & Na Inwoo, Tapi Kenapa?

Banyak betul diskusi yang tular mengenai drama “Marry My Husband” sejak ia bersiaran kan?

Untuk pengetahuan, drama ini diadaptasi dari webdrama dengan nama yang sama di mana ia membawa kisah mengenai seorang wanita yang mati selepas dikhianati suami dan rakan baiknya, kembali hidup ke masa 10 tahun lalu dan mula merencana pelan pembalasan dendam.

Watak utama drama ini iaitu Kang Ji-won dilakonkan oleh Park Min-young di mana dia menjalin hubungan kasih dengan Yoo Ji-hyuk (Na In-woo), seorang pewaris kaya yang sudah sekian lama menyimpan perasaan buat wanita itu.

Walau bagaimanapun, reaksi penonton nyata menaik apabila “Marry My Husband” memaparkan babak tegang dan menyakitkan hati berkaitan pasangan antagonis kedua iaitu Lee Yi-kyung dan Song Ha-yoon.

lee yikyung song hayoon

Rata-rata penonton menyatakan kecenderungan untuk menonton khususnya apabila mereka muncul berbanding babak melibatkan Park Min-young dan Na In-woo. Malah mereka lebih memilih untuk ke tandas atau pun memeriksa telefon apabila babak watak utama bersiaran.

Kata mereka,

Drama ini best saat Song Ha-yoon dan Lee Yi-kyung muncul. Saat untuk ke tandas atau mengambil telefon apabila hubungan antara watak utama dimainkan.

 

Saya rasa itu disebabkan Lee Yi-kyung berlakon dengan begitu baik.

 

Saya fikir juga kerana titik utama drama ini adalah balas dendam jadi lebih seronok apabila menonton penjahat.

 

Saya fikir semua adegan best.

 

Saya merasakan apabila watak lelaki utama muncul, dia agak menurunkan ketegangan dan kelajuan drama. Dia kelihatan hambar.

 

Saya fikir watak lelaki utama digambarkan lebih baik dalam webtoon.

 

Saya juga melihat telefon saya apabila kedua watak utama muncul.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...