Ikuti Kami:

Penonton Puas Hati Lihat Ending, ‘Law School’ Tamat Dengan Rating Memuaskan

Penonton Puas Hati Lihat Ending, ‘Law School’ Tamat Dengan Rating Memuaskan

Selepas bermain dengan perasaan sejak daripada awal tayangan, akhirnya drama “Law School” menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis

Drama ini membawa penonton menyelongkar kebenaran disebalik kes pembunuhan seorang profesor di fakulti perundangan. Disebabkan oleh tragedi itu, tenaga pengajar dan pelajar di fakulti itu telah menjadi suspek utama sebagai dalang pembunuhan tersebut. Naskhah ini akan menonjolkan setiap watak cuba menggunakan undang-undang dan keadilan dalam mencari pembunuh sebenar.

[Amaran SPOILER]

Berakhir bahagia

Disebabkan oleh muslihat yang digunakan oleh Profesor Yang (Kim Myung-min) dengan bantuan Kang Sol (Ryu Hye-young) yang menyamar sebagai Kang Dan, akhirnya Ko Hyeong-su (Jung Won-jung) berjaya diheret ke tahanan dek pelbagai kesalahannya. Malah kesemua ‘talian’ yang sentiasa menyokongnya dahulu juga kini hilang satu persatu.

Puas dengan pembalasan yang setimpal, Profesor Yang berjaya membuktikan bahawa undang-undang sememangnya adil. Sepertinya dia juga percaya dengan kemampuan anak muridnya dan sentiasa meletakkan cadangan mereka di hadapan.

jtbc law school

Kesemua pelajar itu juga dilihat berjaya mengharungi sekolah undang-undang sehingga ke akhirnya. Pun begitu, hanya Kang Sol dan Han Joon-hwi (Kim Bum) ditampilkan dalam babak ‘beberapa tahun akan datang’ dan mereka dilihat berjaya menjadi peguam dan pendakwaraya. Namun pastinya mereka juga sudah mengorak langkah di dalam dunia perundangan.

Rating memuaskan

Fenomena ‘Yangcrates’ pastinya menjadi sebab utama “Law School” ditonton oleh ramai orang. Lakonan berkarisma Kim Myung-min sebagai bekas pendakwaraya dan profesor di fakulti undang-undang nyata membuatkan ramai yang terpegun dengannya.

Walaupun hanya satu kes pembunuhan yang menjadi tonggak utama naskhah ini, namun pelbagai kes lain seperti kes serangan seksual melibatkan Jeon Ye-seul (Go Yoon-jung) dan kes bapa yang alpa dalam membayar nafkah nyata membuatkan penonton geram apabila menontonnya.

jtbc law school

Oleh kerana ia mampu membuatkan penonton tak senang duduk sepanjang tayangan, “Law School” telah meraih rating memuaskan sepanjang ia bersiaran. Untuk episod terakhir drama ini, catatan rating yang direkodkan ialah 6.114%. Malah ia juga terus tersenarai dalam ranking program popular Netflix di beberapa negara.

Korang puas hati tak dengan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...