Nampaknya Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook berterusan membuktikan bahawa ‘love line’ antara mereka bukanlah sekadar gurauan. Ya ke?
Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli berlawan antara masing-masing bagi memberikan hukuman buat satu ahli yang bakal dikenakan penalti terbesar selepas 4 minggu nanti.
Ketika misi kedua di mana mereka perlu menggigit donut di awangan bagi mendapatkan markah, Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook dilihat menjaga satu sama lain tanpa pengetahuan semua.
Untuk menyelesaikan misinya, wanita itu meminta Kim Jong-kook untuk memegang tangannya untuk menjayakan misi itu namun dia gagal untuk menahan diri dari terjatuh ke bawah. Dengan suara perlahan, tanya lelaki berbadan sasa itu,
Tangan awak tak sakit? Sakit tak tangan awak tu?
Walau bagaimanapun, Song Ji-hyo tidak menjawab soalan tersebut kerana sibuk menceritakan mengenai kegagalannya dengan ahli lain.
Kemudian, Kim Jong-kook sedang memilih ahli lelaki lain yang boleh memegang tangannya ketika misi itu namun kesemuanya seperti menyimpan niat jahat untuk menggagalkan usahanya.
Pun bergitu, terdengar dari belakang suara Song Ji-hyo,
Awak nak tak saya tolong pegangkan tangan?
Akhirnya, Kim Jong-kook memilih untuk mempercayai Haha untuk membantunya menyelesaikan misi itu.
Sweet!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.