Ikuti Kami:

Penonton Meluat Lihat Hubungan Cinta ‘Paksa’ Antara Lee Yikyung & Mijoo Dalam ‘How Do You Play’?

Penonton Meluat Lihat Hubungan Cinta ‘Paksa’ Antara Lee Yikyung & Mijoo Dalam ‘How Do You Play’?

Sepertinya “How Do You Play” juga sedang mengalami masalah rating yang kurang memberangsangkan kini.

Menurut laporan, rancangan berkenaan mencatatkan rating terendah baru-baru ini iaitu 3% sahaja. Malah ia menurun sebanyak 1.1% daripada catatan rating pada episod sebelumnya.

Dalam tayangan kali ini, mereka memaparkan episod istimewa di mana mereka mengikuti Lee Mi-joo dan Lee Yi-kyung menjalani janji temi istimewa. Ini kerana kesemua ahli terutamanya Yoo Jae-suk mengesyaki mereka berdua bercinta selepas aksi mesra berpegangan tangan ketika majlis anugerah tahun lalu.

Walaupun disokong ahli lain, namun penonton tidak mampu mendalami hubungan cinta yang sepertinya ‘dipaksa’ itu. Malah ada yang meluat apabila Lee Mi-joo menolak walaupun Lee Yi-kyung menunjukkan minat untuk meneruskan pertemuan itu.

mbc how do you play

Disebabkan itu, ada yang mengatakan bahawa “How Do You Play” mula kehilangan momentum kini kerana banyak situasi yang dipaksa selain kebanyakan ahli yang tidak memberikan sumbangan besar.

Dalam pada itu, pihak produksi “How Do You Play” mengumumkan bahawa Shin Bong-sun dan Jung Jun-ha bakal meninggalkan program itu dan akan berehat dari tayangan selama dua minggu ini.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...