Ikuti Kami:

Penonton Lega Lihat Ending, Episod Akhir ‘Doom At Your Service’ Catat Rating Rendah

Penonton Lega Lihat Ending, Episod Akhir ‘Doom At Your Service’ Catat Rating Rendah

Selepas 8 minggu bersiaran, akhirnya “Doom At Your Service” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

Ia mengisahkan seorang wanita bernama Tak Dong-kyung (Park Bo-young) yang disahkan menghidap kanser otak. Tidak dapat menerima dugaan dan menyalahkan nasib malang hidupnya, Dong-kyung telah membuat permintaan agar dunia ini berakhir. Namun apa yang tidak disangka Myul-mang (Seo In-guk) yang mendakwa dirinya pengantara antara manusia dan Tuhan menawarkan untuk memenuhi permintaan wanita itu.

Bahagia buat semua

[Amaran SPOILER]

Akhirnya Myul-mang kini bukan lagi rama-rama dan sudah pun menjadi bunga, bermakna dia kini ialah manusia. Mula melalui kehidupan normal, Kim Sa-ram (nama baru Myul-mang) sudah tahu perasaan lapar, penat dan mengantuk. Malah dia menggunakan pengalamannya selama ini untuk berkhidmat sebagai doktor yang sah.

tvn doom at your service

Bukan Myul-mang dan Tak Dong-kyung sahaja yang menemui bahagia, tetapi Na Ji-na (Shin Do-hyun) dan Cha Joo-ik (Lee Soo-hyuk) juga menemui bahagia mereka. Na Ji-na kini terkenal namun sebagai penulis jenayah thriller dan bukannya kisah romantik lagi. Tak Dong-kyung juga berjaya membawa ramai nama baru di bawah syarikatnya sendiri.

Akhirnya kesemua mereka hidup bahagia dengan kehidupan masing-masing termasuklah yang berkuasa yang kini hidup sebagai pelajar biasa bernama Ji-eun (Jung Ji-so).

tvn doom at your service

Rating rendah

Meskipun bermula dengan baik, namun “Doom At Your Service” terus menyaksikan penurunan rating pada saban episod. Malah dua episod terakhirnya mencatatkan rekod terendah sepanjang tayangan iaitu 2.334% sebelum ianya ditutup dengan catatan 2.340%.

Apa pula komen korang mengenai keseluruhan plot drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...