Ikuti Kami:

Penonton Kritik Ahli ‘Running Man’ Dek Usik Lee Joon Tentang Perihal Bekas Kekasih, Jung Somin

Penonton Kritik Ahli ‘Running Man’ Dek Usik Lee Joon Tentang Perihal Bekas Kekasih, Jung Somin

Pelakon Lee Joon mengakui bahawa dia pernah bercinta dengan selebriti pada masa lalu.

Pada bulan lalu, pelakon drama “The Escape Of The Seven” Eom Ki-jun, Lee Joon, dan Yoon Jong-hoon muncul dalam episod SBS “Running Man”.

Dalam salah satu misi, hanya boleh ada 6 orang menaiki kereta dan mereka perlu memilih siapa yang boleh menaiki kereta mewah itu..

Haha bertanya tiba-tiba,

Sesiapa yang pernah bercinta dengan selebriti, angkat tangan.

Lantas, Jeon So-min yang pernah bercinta dengan idola lama terus mengangkat tangan, dan secara berurutan, Kim Jong-kook dan Yang Se-chan juga mengangkat tangan.

running man

Pada masa itu, Lee Joon mengangkat tangan sambil berkata,

Ini gila.

Dan secara tidak langsung merujuk kepada Jung So-min, yang pernah mengumumkan hubungan cinta mereka yang terbuka selepas berlakon dalam drama “My Father Is Strange” pada 2017 namun berpisah pada 2020.

Komen penonton,

Kenapa perlu ungkit kisah cinta lama selebriti? Sengaja ke..

 

Haha sekarang rajin betul mencarut dalam program.. dia mesti tahu soalan begini pastinya akan menjadi bahan berita, jadi kenapa tanya..

 

Jangan kacau Lee Joon..

 

Jangan melebih Haha..

Entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...