Ikuti Kami:

Penonton Ketawa & Menangis Bersama Watak Song Jihyo, Episod Awal ‘Was It Love?’ Hanya Raih Rating Biasa

Penonton Ketawa & Menangis Bersama Watak Song Jihyo, Episod Awal ‘Was It Love?’ Hanya Raih Rating Biasa

Teruja betul bila dapat tahu bahawa Song Ji-hyo bakal kembali berlakon dalam drama baru. Bukan apa, memang seronok tengok kelincahannya dalam “Running Man” tetapi best juga apabila dapat melihat wanita ini menonjolkan bakat lakonannya.

Sinopsis pendek “Was It Love?”

Drama komedi romantik ini membawa kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem dan ibu tunggal yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki hadir dalam hidupnya dalam masa yang sama.

episod pertama was it love

[Amaran SPOILER]

Episod pertama yang kelakar dan beremosi

Berusaha sekeras mungkin bagi menggapai semula impiannya untuk menjadi produser filem, Ae-jung mengalami masalah genting apabila bos syarikatnya melarikan diri dan meninggalkan sejumlah hutang yang besar atas namanya.

Risau sekiranya keluarganya menjadi mangsa keadaan, wanita itu berjanji akan memulangkan segala pinjaman tersebut dengan keuntungan sekali sekiranya peminjam wang itu iaitu Goo Pa-do (Kim Min-joon) yang kelihatan seperti samseng melabur dalam filem barunya.

episod pertama was it love

Lelaki bengis itu bersetuju tetapi dengan syarat dia membawa penulis skrip asal “Cinta Itu Tiada” iaitu bekas kekasih Ae-jung bernama Oh Dae-oh (Son Ho-jun) dan pelakon popular Ryu Jin (Song Jong-ho) yang juga merupakan senior semasa dia belajar di universiti dulu untuk menjayakan projek tersebut.

Walaubagaimanapun, Ae-jung sepertinya menemui kegagalan apabila Oh Dae-oh nampaknya masih berdendam dengan kisah 14 tahun lalu apabila wanita itu meninggalkannya tanpa khabar berita. Pun begitu, ibu tunggal tersebut berterusan berusaha memujuk lelaki itu supaya menulis skrip filem tersebut dalam usaha untuk menyelamatkan keluarganya daripada menjadi tebusan Goo Pa-do.

episod pertama was it love

Dalam masa yang sama, siapa sangka seorang kenalan lama Ae-jung iaitu Oh Yeon-woo (Koo Ja-sung) pula muncul kembali dalam hidupnya apabila dia merupakan guru kelas kepada Ha-nee yang baru sahaja bertukar ke sekolah baru. Nampak gayanya lelaki itu sepertinya menyimpan perasaan pada Ae-jung meskipun ibu tunggal itu nampak biasa sahaja apabila bersama dengannya.

Tak cukup dengan itu, perasaan Ha-nee (Um Chae-young) untuk mengenali ayah kandungnya kian membuak-buak dan dia juga merasakan bahawa guru kelasnya itu merupakan lelaki yang dicarinya memandangkan dia mempunyai kaitan dengan Ae-jung pada 14 tahun lepas.

episod pertama was it love

Penonton puji lakonan Song Ji-hyo

Walaupun dah lama tak tengok Song Jihyo berlakon tetapi mutu lakonannya baik dan sebutannya juga jelas…

 

Apabila Ae-jung menangis, saya turut menangis sama…

 

Drama Song Ji-hyo kali ini nampak menarik. Lakonan semua pelakon juga baik, semoga berjaya!

 

Nak tahu sangat kisah di antara Dae-oh dan Ae-jung! Apalah perasaan dingin dan juga jantung berdegup kencang ini.

 

Lihat sahajalah mata Son Ho-jun??? Suka betul melihat pandangan matanya yang melo dan redup itu..

Menurut penonton yang menonton episod awal “Was It Love?”, mereka suka melihat perkembangan plot drama ini bahkan dah tak sabar nak menantikan lanjutan kepada kisah Ae-jung dan Dae-oh. Tapi sayangnya drama komedi romantik ini hanya mampu meraih rating 2.0% sahaja pada episod pertamanya dan naik 0.2% ketika episod keduanya.

Mungkin ia akan menaik pada episod akan datang, siapa tahu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...