Ikuti Kami:

Penonton Keliru Lihat Ending, Episod Akhir ‘Monthly Magazine Home’ Catat Rating Rendah

Penonton Keliru Lihat Ending, Episod Akhir ‘Monthly Magazine Home’ Catat Rating Rendah

“Monthly Magazine Home” sudah pun menamatkan tayangannya kelmarin dan penonton mempunyai pelbagai reaksi apabila melihat endingnya.

Sinopsis

Kisah romantik ini membawa kisah dua individu berbeza iaitu Na Young-won (Jung So-min), seorang wanita yang percaya rumah adalah ‘dihuni’ manakala Yoo Ja-sung (Kim Ji-suk) ialah seorang lelaki yang berpegang pada kepercayaan yang rumah adalah untuk ‘dibeli’. Langsung tak mempunyai padangan yang sama, duo ini sentiasa bertelagah antara satu sama lain namun mereka kemudiannya mula menilai masing-masing daripada sudut yang lain.jtbc monthly magazine home

Ending penuh tanda tanya

[Amaran SPOILER]

Disebabkan berasa bersalah di atas kejadian yang berlaku kepada Yoo Ja-sung dek kesilapan bapanya, Na Young-won memilih untuk meninggalkan lelaki itu kerana tidak dapat menerima insiden itu. Meskipun lelaki itu mengatakan bahawa dia sudah melupakannya, namun tidak bagi Na Young-won.

Melompat ke 3 tahun kemudiannya, Yoo Ja-sung sepertinya terus tidak dapat melupakan bekas kekasihnya dan sering teringatkan dia. Sehinggakan dia tersalah sangka bahawa seorang influencer yang diambil untuk mempromosikan majalah mereka ialah Na Young-won.

Walaubagaimanapun, pada pengakhirannya, Yoo Ja-sung dan Na Young-won dilihat duduk tersenyum bersama sambil memerhatikan sebuah rumah yang dimiliki oleh wanita itu kini. Pun begitu, tidak dinyatakan secara spesifik sama ada mereka sudah kembali bersama ataupun sekadar mempunyai hubungan yang baik.ending monthly magazine homeBahkan lebih menghairankan bagaimana Na Young-won boleh membeli sendiri rumah tersebut tanpa penjelasan yang lebih nyata memandangkan dia dikhabarkan bertugas di sebuah majalah lain kini.

Rating biasa

Rating hanya berlegar dalam lingkungan 1% ke 2% sepanjang tayangannya, “Monthly Magazine Home” menutup tirai dengan catatan 2.550% sahaja. Bukanlah satu rekod yang tinggi tapi sederhana buat drama ini.

Sepertinya ramai juga yang seronok menonton drama ini, adakah anda salah seorang daripadanya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...