Meskipun berjaya meraih rating yang tinggi pada saban episod, terdapat juga beberapa kritikan yang ditinggalkan penonton terhadap musim kedua “The Penthouse”.
Khabarnya ada beberapa sebab yang membuatkan musim kedua ini tidak seseronok musim pertama lalu. Ye ke?
1. Karakter baik dibunuh tanpa sebab yang pasti dan kematian mereka tidak memajukan plot ke hadapan.
2. Watak Cheon Seo-jin sudah kehilangan persona menariknya. Pada awalnya dipuji dek kejahatannya, dia kemudiannya asyik menangis sahaja dalam musim kedua sampaikan penonton tak boleh beza kezaliman di antara Cheon Seo-jin dan Oh Yoon-hee.
3. Plot merepek seperti ubat istimewa yang mampu memadamkan ingatan.
4. Kisah balas dendam Oh Yoon-hee dan Logan Lee sepatutnya melegakan penonton namun mereka langsung tak mencapai apa-apa lagi walaupun dah sampai separuh tayangan.
5. Kejayaan drama ini terletak pada perkembangan watak Na Ae-gyo.
Korang setuju tak ataupun “The Penthouse 2” masih lagi menyajikan babak yang menyeronokkan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.