Ikuti Kami:

Penonton Berduka, Kim Junhan Dedah Tiada Lagi ‘Doktor Ahn Chihong’ Dalam Musim Ke-2 ‘Hospital Playlist’

Penonton Berduka, Kim Junhan Dedah Tiada Lagi ‘Doktor Ahn Chihong’ Dalam Musim Ke-2 ‘Hospital Playlist’

Meskipun “Hospital Playlist” dikemudi oleh lima pelakon hebat, namun watak sampingan lain juga sebenarnya berjaya mencuri hati penonton sehinggakan ada yang mula meminati mereka walaupun pertama kali kenal menerusi drama ini.

Antaranya ialah Doktor Ahn Chi-hong yang dilakonkan oleh pelakon Kim Jun-han. Melihatkan wataknya yang lembut dan gigih belajar meskipun sedikit tua daripada doktor pelatih yang lain, penonton mula bersimpati dengannya. Malahan ada yang ebrendam air mata apabila melihat cintanya terhadap Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) hanyalah bertepuk sebelah tangan.

Berita ini pasti akan membuatkan anda menangis lagi kerana dikhabarkan bahawa Kim Jun-han tidak akan menyertai musim kedua “Hospital Playlist” nanti. Apa?!

kim junhan tak sertai musim kedua hospital playlist

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pelakon tersebut menerusi saluran YouTube milik PD Na Young-seok kelmarin,

Dukacita dimaklumkan bahawa doktor Ahn Chi-hong tak dapat menyertai barisan pelakon untuk musim kedua nanti. Tetapi, saya akan ‘menyertai’ drama ini dengan menyokongnya sebagai penonton.

Tambahnya lagi,

Saya pasti doktor Ahn Chi-hong baik-baik sahaja di mana dia berada pun. Saya berasa bersyukur sekiranya anda terus menyokongnya seperti itu. Saya sentiasa akan bersedia sekiranya doktor Ahn Chi-hong masih diperlukan pada masa hadapan nanti.

Bahkan Kim Jun-han sendiri tak dapat merasa sedih selepas mengumumkan berita tersebut. Namun dia berjanji akan terus menyokong pelakon yang lain dan akan melawat mereka sekiranya masa mengizinkan.

kim junhan tak sertai musim kedua hospital playlist

Rata-rata penonton meluahkan rasa terkejut dan hampa dengan pendedahan tersebut. Malahan ramai yang tidak berpuas hati memandangkan Ahn Chi-hong langsung tidak mendaat ending bahagianya semasa musim pertama “Hospital Playlist”.

Haraplah Kim Jun-han akan muncul sebentar pun jadilah dalam musim terbaru nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...