Ikuti Kami:

Pening Nak Cari K-Beauty Skincare Dalam Satu Tempat Sahaja? Jom Ke Watsons K-Beauty Festa

Pening Nak Cari K-Beauty Skincare Dalam Satu Tempat Sahaja? Jom Ke Watsons K-Beauty Festa

Korea Selatan sudah tidak asing lagi di mata masyarakat terutamanya golongan anak muda. 

Kepelbagaian budaya, keindahan semula jadi, bangunan bersejarah yang unik serta populariti K-Drama dan K-pop di serata dunia menjadikan negara ini sebagai tempat tumpuan pelancong. 

Tidak dinafikan, trend yang dibawakan oleh Korea Selatan turut memberi impak kepada industri lain seperti makanan, pakaian, hiburan dan paling popular adalah rutin penjagaan dan kecantikan wajah atau K-beauty.

Haa, siapa kat sini yang tengah mencari kat mana tempat yang menjual produk K-Beauty sama macam “oppa” dan “noona” Korea amalkan? Jom ke Watsons K-Beauty Festa@Sentul Depot sekarang!

Jom pergilah K-Beauty Festa@ Sentul Depot. Ada Song Ji-hyo Guys!

Siapa yang tak kenal dengan Watsons yang sentiasa membuat sesuatu kelainan. Betul tak? 

Kali ini, Watsons tampil dengan pelancaran Watsons K-Beauty Fest di Sentul Depot yang berlangsung di Sentul Depot bermula 16 Mac sehingga 19 Mac 2023. Korang tahu tak sebab apa acara ni istimewa? Haa, kalau korang RSVP kat sini, korang akan mendapatkan baucar tunai RM20 serta goodies yang bernilai sehingga RM200! 

Bukan seperti biasa, Watsons menawarkan pelbagai aktiviti bertemakan K-Beauty buat semua pengunjung antaranya ialah membawakan lebih dari 19 jenama skincare/ personal care/kosmetik/healthcare dengan pakar yang bertauliah khusus dari Korea Selatan. 


Pakar daripada pelbagai jenama ini membantu korang untuk membuat pilihan yang tepat tentang produk yang bersesuaian dengan tekstur kulit sebelum membuat pembelian. Macam ni, baru lah dapat kulit idaman!

Korang tak perlu risau, kebanyakkan jenama yang terdapat pada acara ini dikenali ramai dan sentiasa mendapat hasil yang positif pada kulit wajah. Antaranya PINK by Pure Beauty, Axis-Y, COSRX, Klairs, Beauty Of Joseon dan banyak lagi. Ini lah masa yang paling sesuai untuk korang cuba produk ‘hype’ daripada luar negara!

Pelbagai Aktiviti Menarik Berunsurkan Kepelbagaian Negara Korea

Macam kami cakap tadi, negara Korea memang terkenal dengan kepelbagaian budaya mereka. Ini termasuk dengan pakaian tradisi Korea atau lebih popular, hanbok. Semasa K-Beauty Festa ni nanti, korang dapat merasai sendiri pengalaman memakai ‘hanbok’ bersama rakan-rakan dan boleh bergambar ala-ala  drama Korea. Mesti seronok!

Lagi best, korang juga boleh bawa balik freebies dari setiap booth yang berbeza dan para pelanggan yang melakukan pembelian sebanyak RM200 ke atas berpeluang untuk mendapatkan servis pengecap haba pada tote bag secara PERCUMA! Oh! Dalam waktu yang ditentukan, korang pun berpeluang untuk redeem bingsu secara PERCUMA!

Selain itu, Watsons meriahkan lagi acara ini dengan persembahan tarian K-pop, bengkel kecantikan dan menyajikan makanan citarasa Korea. Jadi, pastikan korang grab banyak-banyak dan makan bersama bestie dan keluarga, okay! 

Song Ji Hyo Berkongsi Rahsia Kecantikan Bersama Para Pengunjung

 

Lagi best, korang juga berpeluang untuk bersama-sama hadir ke sesi perkongsian bersama aktres dan model terkenal, Song Ji Hyo. Sebagai duta Glutanex, Song Ji Hyo juga akan berkongsi tentang bagaimana beliau mengekalkan kulit yang sihat dan glowing sepanjang masa.

Tambah lagi, beliau juga akan bertemu dengan seluruh peminat K-Beauty pada 17-18 Mac 2023 untuk menyebarkan cintanya pada produk K-Beauty! Omo.. Jinjjia??!

Psst…psst.. Kami dengar Watsons nak belanja pelanggan yang bertuah untuk ke Korea? Biar betul! 

Belanja Di Watsons Untuk Berpeluang Menang Percutian Secara Percuma

 

Haa, korang hanya perlu berbelanja RM120 dan ke atas sewaktu K-Beauty Festa “I Got Seoul” Spend & Win Contest berlangsung untuk berpeluang memenangi trip 5H4M ke Korea secara PERCUMA! Info lanjut dan pautan menghantar  submission korang boleh terus klik link DI SINI

Fuh, memang berpeluh bila dengar semua ganjaran menarik yang Watsons nak berikan untuk korang! Dah alang-alang tengah seronok nak ke Korea ni, meh kami share 3 tempat tarikan pelancong ketika berada di Korea!

  1. Seoul


Apa lah maknanya bercuti ke Korea kalau tidak menjejakkan kaki ke Seoul.  Ibu kota negara Korea ini merupakan sebuah bandar yang mewakili gabungan tradisi dan kemodenan. Antara tempat yang selalu menjadi tumpuan ialah Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung, Istana Changgyeonggung, Istana Deoksugung dan Istana Gyeonghuigung. Bila dah sampai di sana, boleh lah sewa ‘hanbok’ dan feeling macam drama Goblin!

Jangan lupa singgah shopping di Myeongdong! Di sini, segala keperluan yang korang mahukan pasti akan dijumpai seperti makanan, pakaian dan macam-macam lagi! Boleh bawa balik ole-ole pulang ke Malaysia!

  1. Busan

Sebut tentang bandar Busan, mesti dalam fikiran korang pasal zombie kan? Tapi, korang tahu tak? Terdapat pelbagai daya tarikan yang terdapat di bandar ini seperti pasar tradisi, pantai dengan pemandangan yang memukau, bangunan pencakar langit dan makanan jalanan. Paling penting, banyak ‘OOTD’ spot jugak!

Nak berehat dan ambil gambar ala-ala di Santorini? Kat Korea pun ada! Huinnyeol Culture Village merupakan sebuah desa yang telah wujud sejak Perang Korea (1950-1953). Di sini, korang boleh meneroka keunikan  hasil seni tempatan di setiap lorong-lorong kecil sambil menikmati keindahan pantai. Syoknya! 

  1. Jinhae

Siapa yang suka sangat dengan wangian daripada bunga Cherry Blossom, korang wajib melawat tempat ni! Bandar Jinhae merupakan tuan rumah bagi Jinhae Gunhangje Festival yang sudah lama disambut selama 60 tahun. Di sini juga sering dijadikan sebagai lokasi penggambaran drama seperti ‘Romance’. 

Lagi best, korang boleh menaiki tren dari Seoul ke Gyeonghwa Station untuk merasai pengalaman menaiki kereta api dengan melalui terowong yang dipenuhi dengan bunga sakura. Pengalaman macam ni memang tak dapat dekat Malaysia! 

Berita baik buat semua! Dapatkan barangan pada harga yang lebih jimat dengan promosi Watsons K-Beauty OMO yang berlangsung pada 24 Mac sehingga 29 Mac 2023. Promosi kali ini menawarkan jualan mega dalam talian sehingga 50% dan banyak lagi rebat segera daripada 26 jenama yang mengambil bahagian. So, run bestie!

Tunggu apa lagi, mark dekat kalender peribadi korang untuk sama-sama enjoy di Watsons K-Beauty Festa ini pada 16 hingga 19 Mac, bertempat di Sentul Depot. Take note tau! Ikuti Watsons di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut. 

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...