Ikuti Kami:

Penilik Muka & Puteri Bergabung Selamatkan Joseon, Rating Episod Akhir “King Maker: The Change Of Destiny” Baik

Penilik Muka & Puteri Bergabung Selamatkan Joseon, Rating Episod Akhir “King Maker: The Change Of Destiny” Baik

Meskipun industri drama Korea agak surut dengan drama daripada zaman bersejarah kini tapi jangan risau kerana “King Maker: The Change Of Destiny” hadir untuk mengubati kerinduan anda.

Sinopsis “King Maker: The Change Of Destiny”

Choi Chun-joong (Park Si-hoo) merupakan seorang penilik muka yang paling unggul di dalam negara itu dan lahir dalam sebuah keluarga berpengaruh tetapi akhirnya kesemua mereka dibunuh. Walaupun dipandang rendah pada awalnya kerana pekerjaan tersebut, lelaki itu membesar menjadi antara orang yang berkuasa di Joseon selain cuba mengubah takdir yang bakal merosakkan empayar itu.

episod akhir king maker: the change of destiny

Lee Bong-ryeon (Ko Sung-hee) adalah seorang puteri dan juga anak kepada Raja Cheol-jong yang cantik dan dalam diam, dia sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membaca takdir orang lain. Mula berkenalan dengan Chun-joong, mereka cuba mengubah nasib Joseon untuk kebaikan semua.

Rating baik bagi drama di saluran kabel

Berlatar belakangkan zaman Joseon, pelbagai konflik yang dilalui oleh Lee Bong-ryeon dan Choi Cun-joong bagi memastikan semua rakyat hidup dengan selamat daripada ketamakan orang atasan.

Mempunyai 21 episod, setiap daripadanya ternyata mendebarkan selain membuatkan penonton kekal menantikan perkembangan plotnya sehingga ke penghujungnya. Bahkan rating yang diraih oleh “King Maker: The Change Of Destiny” boleh tahan hebat kerana kekal 5% sehingga 6% bermula daripada pertengahan tayangannya.

episod akhir king maker: the change of destiny

Siapa yang meminati drama bersejarah seperti ini, apa tunggu lagi! Cepat marathon kesemua episod “King Maker: The Change Of Destiny” sekarang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...