Ikuti Kami:

Penghargaan Dek Sokong ‘The Red Sleeve’, Lee Junho Dipuji Tulis Surat Untuk Setiap 80 Wartawan

Penghargaan Dek Sokong ‘The Red Sleeve’, Lee Junho Dipuji Tulis Surat Untuk Setiap 80 Wartawan

Langsung tidak melupakan asal usulnya, Lee Jun-ho ternyata merupakan seorang pelakon yang berhati murni.

Terbaru, ahli kumpulan 2PM itu telah menyampaikan rasa terima kasihnya buat 80 wartawan dengan menulis surat perhargaan disertai tandatangannya.

Pada 3 dan 4 Januari lalu, Lee Jun-ho telah menjalani temuramah bagi pengakhiran drama “The Red Sleeve” secara atas talian dan tidak bersemuka. Dia kemudiannya menulis nota terima kasih secara sendiri bagi menghargai usaha mereka menyertai temubual berkenaan selain wartawan yang menghadiri sesi itu.

Bukan hanya menulis frasa normal seperti ‘Terima kasih kerana menonton’, Lee Jun-ho dikatakan mengingati setiap perwatakan wartawan yang ada dan menanyakan soalan lantas meninggalkan ucapan spesifik buat setiap daripada mereka.

junho 2pm

Kongsi JYP Entertainment,

Lee Jun-ho menulisnya selepas temuramah tersebut tamat bagi menyampaikan rasa terima kasihnya kepada wartawan yang menyokong ‘The Red Sleeve’.

Khabarnya, ucapan yang ditulis itu akan dihantar kepada semua wartawan yang terlibat dalam minggu ini.

Dalam pada itu, Lee Jun-ho sedang sibuk dengan persiapan perjumpaan peminat solo ‘JUNHO THE MOMENT’ yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 Januari ini. Kesemua tiket sudah pun habis terjual selepas beberapa jam penjualan dibuka.

Sweet kan Jun-ho?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...