Ikuti Kami:

Penggambaran Diulang, Pelakon Baru Ganti Jisoo Muncul Bermula Episod Ke-9 ‘River Where The Moon Rises’

Penggambaran Diulang, Pelakon Baru Ganti Jisoo Muncul Bermula Episod Ke-9 ‘River Where The Moon Rises’

Selepas berita Jisoo digugurkan daripada drama “River Where The Moon Rises” dek kes buli, ramai yang tertanya-tanya akan nasib episod mendatang naskhah tersebut.

Terbaru, KBS telah mengeluarkan laporan rasmi mengenai nasib dan perancangan tayangan drama bersejarah itu yang turut dibintangi oleh Kim So-hyun dan Lee Ji-hoon.

KBS akan menunda tayangan ‘River Where The Moon Rises’ minggu ini dan babak Jisoo dalam episod ke-7 dan ke-8 akan disunting sebanyak mungkin. Pada episod ke-9, watak tersebut akan digantikan dengan yang baru dan dirakamkan semula.

jisoo digugurkan dari river where the moon rises

KBS turut meluahkan bahawa mereka memahami betapa serius isu ini dan telah meneliti setiap penyelesaian termasuklah membatalkan terus drama “River Where The Moon Rises”. Namun mereka memutuskan demikian disebabkan sokongan yang diberikan penonton selain mangsa lain seperti staf produksi, pelakon lain dan syarikat produksi yang bertungkus lumus bagi menghasilkan drama ini.

Apa pun, semoga pelakon lain dan kru bertabah dengan dugaan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...