Tak lama lagi, Park Bo-gum akan menemui penonton menerusi pelbagai drama baru.
Namun baru-baru ini, agensi Park Bo-gum berkongsi bahawa pelakon itu mengalami kecederaan ringan semasa melakukan penggambaran babak aksi untuk drama “Good Boy”.
Park Bo-gum sedang menerima rawatan dan penggambaran telah ditunda buat sementara waktu. Kami merancang untuk menyambung semula rakaman selepas memerhatikan keadaannya.
Untuk pengetahun, Park Bo-gum akan bergandingan dengan Kim So-hyun dalam drama ini, mengikuti kisah pemenang pingat pertandingan antarabangsa dari pelbagai kategori sukan, yang diambil bekerja khas oleh kerajaan sebagai pasukan polis.
Dalam drama ini, Park Bo-gum akan memainkan watak Yoon Dong-ju, seorang pemenang pingat emas tinju Olimpik dan diambil menjadi pegawai polis rekrut khas Olimpik.
Semoga cepat sembuh Park Bo-gum!