Musim terbaru “Single Inferno 3” baru sahaja melabuhkan tirai.
“Single’s Inferno 3” merupakan rancangan realiti temu janji yang berlangsung di sebuah pulau terpencil di mana hanya pasangan yang memilih sesama sendiri sahaja yang boleh meninggalkan pulau tersebut.
Konsep bagi setiap musim rancangan hiburan ini dibahagikan kepada dua iaitu di pulau Saseungbong-do, terletak di Daerah Ongjin, Incheon, dan juga ‘syurga’ (tempat peranginan mewah di luar pulau).
Menurut laman web pelancongan Incheon, pulau peribadi yang tidak berpenghuni itu boleh dikunjungi oleh bot yang kerap beroperasi pada musim percutian sahaja. Tambang bot berharga ₩100,000 KRW (RM390) untuk satu kepala.
Dengan mengenali satu sama lain dan bersaing dalam permainan, ahli berpeluang melarikan diri dari pulau dan pergi ke ‘syurga’, sebuah hotel yang melambangkan kemewahan dengan perkhidmatan bilik, kolam renang dan banyak lagi. Apa yang menarik, hotel yang mereka diami ini kebanyakan bilik berharga purata RM2100 semalam.
Setakat ini, masih tiada info daripada sumber sahih tentang jumlah perbelanjaan untuk penggambaran rancangan hiburan itu.
Nampak sangat mewah kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.