Ikuti Kami:

Penggambaran Dalam Korea Sahaja Dek COVID-19, ‘New Journey To The West 8’ Temui Penonton Tak Lama Lagi

Penggambaran Dalam Korea Sahaja Dek COVID-19, ‘New Journey To The West 8’ Temui Penonton Tak Lama Lagi

Selepas musim ke-7 ke udara pada Oktober lepas, sudah ramai yang tak sabar menantikan musim terbaru rancangan hiburan “New Journey To The West”. Berita gembira buat semua kerana program ini dikhabarkan sudah pun bersiapa sedia untuk memasuki musim ke-8 tak lama lagi.

Diam tak diam sebenarnya ramai merupakan peminat tegar rancangan hiburan “New Journey to the West”. Dengan telatah lucu ahlinya iaitu Kang Hodong, Lee Soogeun, Eun Jiwon, Ahn Jaehyun, Kyuhyun, Song Mino, dan P.O. yang saban episod berjaya membuatkan penonton tak kering gusi.

new journey to the west 8

Menurut laporan media, kesemua staf dan ahli “New Journey To The West” akan memulakan penggambaran untuk musim terbaru bermula Ogos ini. Namun disebabkan oleh wabak COVID-19 yang masih di tahap yang membimbangkan, rancangan ini akan menjalankan penggambaran di Korea sahaja dan bukannya di luar negara seperti biasa.

‘New Journey To The West 8’ kini berada pada peringkat awal perbincangan, dan bentuk format, jadual penggambaran, lokasi, konsep dan lain-lain masih belum ditentukan lagi.

Tak kisahla penggambaran dilakukan di mana pun kerana “New Journey To The West’ hidup kerana kombinasi ahlinya yang kelakar. Jadi walaupun hanya berlatar belakangkan Korea, sudah pasti ia akan mampu membuatkan penonton gelak tak ingat dunia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...