Ikuti Kami:

Penggambaran Bermula, Park Seojoon & Han Sohee Sah Terajui Drama Thriller ‘Gyeongseong Creature’

Penggambaran Bermula, Park Seojoon & Han Sohee Sah Terajui Drama Thriller ‘Gyeongseong Creature’

Han So-hee dan Park Seo-joon sah menerajui drama “Gyeongseong Creature”!

“Gyeongseong Creature” ialah thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945 di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Kisah mereka melawan antara hidup dan mati selain membangkitkan persoalan mengenai maruah manusia dan kemanusiaan yang merupakan katarsis mengghairahkan.

Park Seo-joon turut dalam diskusi untuk membintangi drama ini sebagai heronya yang bernama Jang Tae-sang iaitu seorang lelaki kaya di Bukchon. Langsung tidak kisahkan mengenai keadilan, dia lebih pentingkan mengenai kekejaman realiti kehidupannya. Walaubagaimanapun, dia menghadapi ancaman apabila bertemu dengan Yoon Chae-ok (Han So-hee) seorang wanita yang menjalani kehidupan berlainan dengannya. Lelaki itu kemudiannya melihat semula hidupnya dan mendambakan ‘kehidupan seperti manusia’ lantas berubah.

sohee seojoon

Han So-hee akan menghidupkan watak Yoon Chae-ok iaitu seorang pemulung yang dikenali kerana mencari si mati (nama bagi orang yang mencari individu hilang). Wanita itu berlajar mengenai kelangsung hidup sejak kecil dan melangkaui Manchuria dan Shanghai bersama ayahnya. Sudah terbiasa menyelamatkan diri dari realiti yang sengsara dan menyakitkan, dia bukan sahaja hebat menggunakan pistol dan pisau malah cukup tangkas dalam mengendalikan pelbagai mesin. Datang ke Gyeongseong untuk mencari tahu keberadaan ibunya yang hilang 10 tahun lalu, Yoon Chae-ok kemudiannya berkenalan dengan Jang Tae-sang dan menjalani realiti buruk semasa mengejar rantaian kehilangan misteri.

Dalam pada itu, Wi Ha-joon turut disahkan akan menyertai drama ini dan khabarnya “Gyeongseong Creature” akan ditayangkan pada 2023 selain akan mulakan penggambaran kini.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...