Ikuti Kami:

Pengarah Kata Byun Wooseok Terlalu Agresif Ketika Babak Ciuman Bersama Kim Hyeyoon?

Pengarah Kata Byun Wooseok Terlalu Agresif Ketika Babak Ciuman Bersama Kim Hyeyoon?

Ramai yang seronok menonton “Lovely Runner” sekarang kan?

Dalam episod terbaru, rata-rata penonton meluahkan rasa teruja apabila melihat babak intim antara watak utama Im Sol (Kim Hye-yoon) dan Ryu Sun-jae (Byun Woo-seok) di mana mereka berciuman selepas mengakui perasaan cinta antara satu sama lain.

Baru-baru ini, tvN telah meriliskan klip di belakang tabir ketika penggambaran babak berkenaan. Byun Woo-seok dilihat antara yang aktif memberikan cadangan rakaman,

Patutkah saya berundur sedikit di sini? Apa pendapat anda?

Walau bagaimanapun, selepas rakaman itu berlangsung. Pengarah berkenaan memberikan komen,

Nampak agak agresif.Sebab itu, Kim Hye-yoon kelihatan kelam kabut. Cuba lebih romantik dan perlahan.

Byun Woo-seok membalas pada Kim Hye-yoon,

Maafkan saya.

Dalam penggambaran semula berikutnya, Byun Woo-seok mendekati dengan lebih berhati-hati dan mencium bibir Kim Hye-yoon. Apabila bunyi ‘cut’ kedengaran, kedua-dua mereka bertatapan mata tetapi tidak dapat menyembunyikan rasa malu mereka, membuat penonton tersenyum.

Romantiknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...