Ikuti Kami:

Pengarah Joo Dongmin Tinggalkan SBS, Bagaimana Nasib ‘The Penthouse 3’?

Pengarah Joo Dongmin Tinggalkan SBS, Bagaimana Nasib ‘The Penthouse 3’?

Belum lagi ditayangkan, namun ada berita sedih yang menyelebungi drama “The Penthouse 3”.

Pengarah siri tersebut iaitu PD Joo Dong-min, dikhabarkan telah meninggalkan Studio S, anak syarikat kepada SBS.

Jelas stesen penyiaran itu,

Memang benar Joo Dong-min PD sudah meninggalkan Studio S. Dia akan terus mengarahkan ‘The Penthouse’ sebagai pekerja bebas (freelancer).

pd joo dongmin

Apabila ditanya sama ada dia akan terus mengarahkan drama ‘Where The Snake Sits’ yang diadaptasi daripada webtoon, jelas SBS,

Tiada apa yang kami dapat sahkan buat masa ini.

Untuk pengetahuan anda, Joo Dong-min menyertai SBS sejak tahun 2004 dan telah pun mengarahkan drama seperti “Sunlight Pours Down”, “Birth Secret”, “Return” dan “The Last Empress”.

Jangan risau peminat “The Penthouse” kerana PD Joo Dong-min akan menghabiskan kerjanya untuk musim ketiga ini. Jangan lupa untuk tonton musim terakhir drama popular tersebut pada 4 Jun nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...