Ikuti Kami:

Pengarah ‘Hospital Playlist’ Dedah Belum Ada Perancangan Untuk Musim Ketiga

Pengarah ‘Hospital Playlist’ Dedah Belum Ada Perancangan Untuk Musim Ketiga

Seronok kan bila “Hospital Playlist 2” dah mulakan tayangannya pada minggu lalu?

Drama ini mengisahkan lima doktor yang sudah berkawan sejak daripada sekolah perubatan, ikuti pelbagai kisah kehidupan daripada mereka dan kakitangan hospital serta pesakit yang realistik dan menyentuh perasaan namun menghiburkan juga.

Mengamalkan format bermusim dan satu episod sahaja seminggu, ramai yang tertanya-tanya sampai bilakah siri ini akan terus disiarkan.

Apabila ditanya, pengarah Shin Won-ho mendedahkan bahawa mereka masih belum ada lagi perancangan untuk menghasilkan musim ketiga drama perubatan tersebut.

Tiga musim ialah aturan masa yang kami cadangkan pada asalnya. Ini ialah percubaan saya untuk menghasilkan siri bermusim jadi saya menemui pelbagai cabaran dan kekangan baru. Walaupun ada kelebihan, namun ada juga kekurangan yang kami tidak dijangkakan.

tvn hospital playlist

Malah pengarah terkenal itu menyatakan bahawa dia meminta untuk mengambil sahaja apa projek yang mereka mahukan selepas ini,

Saya sudah beritahu barisan pelakon yang musim ketiga bukanlah sesuatu yang dipastikan lagi. Jadi mereka boleh menyusun jadual seni dengan apa-apa perojek yang mereka mahukan.

Bagaimanalah agaknya musim kedua ini akan berakhir nanti, harapnya tidaklah tergantung supaya ramai yang tertunggu-tunggu.

Jangan lupa tonton “Hospital Playlist 2” pada setiap Khamis di Netflix okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...