Ikuti Kami:

Pengakhiran Bahagia, Episod Akhir ‘Melancholia’ Catat Rating Biasa

Pengakhiran Bahagia, Episod Akhir ‘Melancholia’ Catat Rating Biasa

Selepas 16 episod menghiburkan penonton K-Drama, akhirnya “Melancholia” menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis

“Melancholia” berlatar belakangkan sekolah menengah swasta yang korup dek kemasukan ikut keutamaan. Ianya akan membawa kisah seorang guru matematik dan pelajar matematik genius yang menyentuh perasaan.

Ending bahagia

[Amaran SPOILER]

Baek Seung-yoo dan Ji Yeon-su akhirnya berjaya menumpaskan Kumpulan Ansung yang bertanggungjawab terhadap penipuan mereka. Bukan sahaja dibuang dari lembaga sekolah, malah pengetua Noh juga ditangkap dan menjadi gila kerana tidak sangka dia diberkas.

Meskipun bahagia, Baek Seung-yoo kemudiannya menghilangkan diri selepas cuba menyelesaikan soalan matematik berkaitan hipotesis yang ditinggalkan oleh ayahnya. Selama 3 tahun kehilangannya, dia berkomunikasi dengan seorang pengguna bernama Hardy di laman peminat matematik Fun X bagi mendapatkan bantuan untuk menyelesaikannya.

tvn melancholia

Jodoh tidak ke mana, Hardy sebenarnya ialah Ji Yoon-su sendiri dan apabila mereka bertemu semula, keduanya mengakui bahawa mereka saling mencintai satu sama lain. Akhirnya, mereka bahagia bersama.

Rating biasa

“Melancholia” hanya mampu selesa dengan rating dalam lingkungan 2% selepas mencipta rekod terbaik pada episod pertamanya iaitu 3.617%. Walaupun pernah jatuh ke 1%, namun ianya terus stabil dengan catatan 2% sebelum tamat dengan rating 2.45%.

Korang dah habis layan ke “Melancholia”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...