Ikuti Kami:

Penduduk Berubah Jadi ‘Raksasa’ Bila Terhidu Asap Aneh, Episod Awal ‘Dark Hole’ Raih Rating Memuaskan

Penduduk Berubah Jadi ‘Raksasa’ Bila Terhidu Asap Aneh, Episod Awal ‘Dark Hole’ Raih Rating Memuaskan

OCN sekali lagi hadir bergaya dengan sebuah drama thriller baru iaitu “Dark Hole” di mana ia diterajui oleh Lee Joon-hyuk dan Kim Ok-bin.

Sinopsis

Drama ini menceritakan kisah ‘kelangsungan hidup mutan’ di mana sekumpulan yang terselamat mula berubah menjadi mutan apabila terhidu asap misteri daripada tanah jerlus.

ocn dark hole

Permulaan baik

Kesemua siri thriller di OCN nyata tidak pernah menghampakan termasulah “Dark Hole” yang baru 2 episod sahaja ditayangkan ini. Sinematografi yang memukau selain plot yang mendebarkan menjadikan pengalaman menonton drama malapetaka ini tersangatlah memuaskan.

Bahkan ratingnya menaik dari 2.7% pada episod pertama kepada 3.7% ketika episod keduanya. Sekaligus membuktikan ianya semakin mendapat perhatian ramai pada saban episod.

Rugi kalau anda terlepas menonton, serius!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...