Ikuti Kami:

Penculikan, Pembunuhan & Ajaran Sesat Bikin Saspens, Episod Awal ‘Hometown’ Catat Rating Baik

Penculikan, Pembunuhan & Ajaran Sesat Bikin Saspens, Episod Awal ‘Hometown’ Catat Rating Baik

Benar seperti genrenya, “Hometown” berjaya membuatkan penonton berdebar semasa tayangan episod awalnya baru-baru ini.

Sinopsis

Drama thriller misteri ini berlatarbelakangkan sebuah kampung terpencil pada tahun 1999. Ia menampilkan seorang detektif bernama Choi Hyung-in (Yoo Jae-myung) yang menyiasat pelbagai pembunuhan pelik dan seorang wanita bernama Jo Jung-hyun (Han Ye-ri) yang mencari anak saudaranya yang diculik. Kehidupan keduanya berbelit apabila Jo Kyung-ho (Um Tae-goo), iaitu abang Jo Jung-hyun yang meringkuk dalam penjara merupakan dalang disebalik insiden serangan gas pada 1987, di mana ia membunuh isteri Choi Hyung-in.tvn hometown

Permulaan mendebarkan

“Hometown” bermula dengan plot yang kurang jelas di mana ia melibatkan pembunuhan, penculikan kanak-kanak perempuan, rakaman kaset yang pelik dan mungkin ajaran sesat. Meskipun belum menyampaikan secara spesifik sepertinya ada kuasa besar yang ‘membasuh’ minda pelajar sekolah untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan dan daripada reaksi orang disekeliling Choi Hyung-in dan Jo Jung-hyun yang tidak boleh dipercayai.tvn hometown

Rating baik

Menapilkan genre saspens dan thriller, “Hometown” nyata berjaya meraih rating yang memuaskan untuk tayangan awalnya. Untuk episod pertama, ia merekodkan rating sebanyak 2.827% sebelum ianya melompat kepada 3.3% pada episod berikutnya.

Sesiapa yang minat drama thriller misteri, pastikan anda tidak terlepas menonton “Hometown”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...