Ikuti Kami:

“Penceraian Bukan Perkara Penting” – Gu Hyesun Beri 100 Markah Bagi Kepuasan Hidup Selepas Bercerai

“Penceraian Bukan Perkara Penting” – Gu Hyesun Beri 100 Markah Bagi Kepuasan Hidup Selepas Bercerai

Penceraian merupakan satu pilihan keluar sekiranya sesebuah perkahwinan itu tidak bahagia, tiada apa yang patut dimalukan kan? Sama seperti pelakon Gu Hye-sun yang nampak lebih bersemangat selepas menutup lembaran hidupnya bersama Ahn Jae-hyun bagi memulakan kehidupannya sendiri.

Walaupun pada awalnya, persengketaan di antara mereka tersebar ke serata media sosial namun kedua pelakon itu membuat keputusan untuk menamatkan kesemuanya secara berhemah selain mengharapkan yang terbaik bagi masa hadapan masing-masing.

gu hyesun puas dengan kehidupan sekarang

Sah bercerai pada 15 Julai ini, pelakon itu menerima soalan mengenai penceraiannya bersama Ahn Jae-hyun.

Saya gembira kerana berjumpa dengan diri saya semula.

Saya baru tersedar bahawa ia bukan sesuatu yang penting buat saya. Ia bukannya perkara mustahak yang memberi impak kepada kehidupan saya.

Sibuk dengan persediaan album baru selain bakal mengadakan pameran untuk hasil lukisannya pada tahun 2021 nanti, wanita ini ternyata menghabiskan masa demi kepuasan dirinya. Meskipun kehidupannya melalui perubahan yang besar dek perkahwinan dan penceraian tetapi nampaknya dirinya sebagai Gu Hye-sun kekal sama.

Disebabkan hidup saya adalah lengkap, tiada apa yang berubah walaupun melalui perkahwinan dan penceraian. Sama juga dengan kerja saya. Saya rasakan emosi sepatutnya diasingkan dan diletak ketepi. Saya hanya akan mampu habiskan kerja sekiranya saya membuang apa yang hilang dan fokus kepada diri sendiri.

gu hyesun puas dengan kehidupan sekarang

Bahkan memberikan markah penuh 100 bagi menggambarkan kepuasan dirinya kini. Yang penting, diri sendiri bahagia! Betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...