Ikuti Kami:

Pencarian Pembunuh Psikopat Atau Perebutan Kuasa Hera Palace? Saksikannya Hanya di Astro

Pencarian Pembunuh Psikopat Atau Perebutan Kuasa Hera Palace? Saksikannya Hanya di Astro

Tidak dinafikan drama Korea kini mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Jika dulu penonton k-drama sering dikaitkan sebagai peminat muzik kpop, sekarang tidak lagi.

Kepelbagaian genre, lakonan yang hebat serta jalan cerita yang menarik membuatkan ramai mula mengikuti siri daripada negara ini.

Bagi pelanggan Astro, korang dah tak perlu susah-susah nak cari platform lain untuk tonton k-drama kegemaran, sebab Astro kini menawarkan tayangan pada hari yang sama dengan Korea Selatan tau. Bestnya!

The Penthouse 2

The Penthouse 2 merupakan drama yang paling popular di Korea dan Asia Tenggara pada ketika ini dan ia merupakan kesinambungan daripada musim sebelumnya.

Drama yang menampilkan Lee Ji-Ah, Kim So-Yeon, Eugene, Uhm Ki-Joon, Yoon Jong-Hoon dan ramai lagi ini sentiasa membuatkan penonton tidak senang duduk kerana plot twist yang dimainkan.

Berlatarkan Hera Palace, sebuah pangsapuri mewah 100 tingkat di Gangnam. Penghuninya penuh dengan rahsia gelap dan cita-cita tersembunyi.

3 wanita tonggak utama drama ini Cheon Seo Jin, Shim Soo Ryeon dan Oh Yoon Hee sanggup melakukan apa sahaja untuk melunaskan dendam dan mencapai keinginan mereka.

Episod terbaru menyaksikan anak perempuan Oh Yoon Hee, Bae Rona telah meninggal dunia selepas diserang oleh Ha Eun Byul. Namun adakah dia benar-benar mati atau ia hanya salah satu twist dalam drama ini? 

Nak tau lebih lanjut korang kenalah ikuti sendiri drama ni tau.

  • Hari tayangan: Sabtu dan Ahad (9.50 PM)
  • Channel (siaran): One (CH 393 HD), On Demand dan Astro GO

Mouse

Bagi korang yang suka kisah pembunuhan dan thriller, drama terbaru Mouse mesti masuk dalam list.

Cuba korang bayangkan, bagaimana jika genetik seorang psikopat boleh dikesan sejak janin? Adakah anak itu akan dilahirkan atau sebaliknya?

Drama yang menyaksikan kemunculan kembali Lee Seung Gi ini turut menampilkan Lee Jee Hoon, Park Joo Hyun dan Kyung So Jin sebagai teraju utama.

Dalam drama ini Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) seorang anggota polis rookie akan bekerjasama dengan Go Mu Chi (Park Joo Hyun), pegawai polis yang ingin membalas dendam terhadap pembunuhan kedua ibu bapanya. 

Bersama mereka memburu pembunuh psikopat ini. Tapi adakah benar genetik psikopat akan memberikan anak mereka sifat yang sama? Kalau nak tau korang kenalah tonton Mouse ni.

  • Hari tayangan: Khamis dan Jumaat (9.15 PM)
  • Channel (siaran): tvN (CH 395 HD), On Demand dan Astro GO

All The Latest, All Here Hanya Dengan Astro

Astro kini hanya menyajikan hiburan yang terbaik untuk korang. Kalau terlepas tayangan pun korang tak perlu risau, boleh ulang tayang semula.

Jadi tunggu apa lagi? Untuk hiburan yang terbaik dan dan terkini korang boeh saksikannya menerusi siaran Astro dan On Demand yang boleh ditonton menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

Untuk maklumat lanjut mengenai hiburan terbaik tempatan, Asia dan antarabangsa korang boleh terus ke Facebook Astro atau layari content.astro.com.my.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.



Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...