Ikuti Kami:

Penat Dengan ‘Sajian’ Berulang Setiap Hari? Inilah Masanya Untuk Korang Tukar Kepada Yang Lebih Baik!

Penat Dengan ‘Sajian’ Berulang Setiap Hari? Inilah Masanya Untuk Korang Tukar Kepada Yang Lebih Baik!





Bila kita cakap pasal makanan, benda pertama yang kita akan fikir adalah nak makan apa dan dekat mana? Korang nak tau tak, sebenarnya punca timbul soalan tu adalah sebab hari-hari kita makan sajian yang sama je.

Bila sajian makanan berulang pula, nanti mulalah korang merungut kata asyik makanan yang sama je, tapi sebenarnya korang sendiri yang tak nak cuba makanan yang baru. Hmm.

Dah kalau makanan pun korang boleh bosan asyik berulang yang sama je, macam tu juga lah kalau korang tonton rancangan yang sama betul tak?

Haa, lepas ni korang dah tak payah nak merungut asyik ulang ‘sajian’ sama je sebab Kimchi Daily ada berita baik untuk korang.

Tukar ‘Sajian’ Berulang Kepada Yang Lebih Menyelerakan

Disebabkan korang bosan dengan sajian yang sama je, Astro nak bagi korang cuba sesuatu yang baru di Astro Ultra Box dan aplikasi Astro GO. Haa, nak tau tak apa yang nak sajikan untuk korang?

1. Jirisan

Drama Jirisan yang bergenre natural disaster ini mengisahkan tentang bagaimana kehidupan ranjer hutan yang bertugas untuk memastikan keselamatan alam serta penduduk tempatan di pegunungan Jiri. 

Kang Hyun Jo yang memiliki kelulusan dalam ketenteraan dan pernah menjadi kapten tentera, merupakan seorang ranjer baru di taman pegunungan Jiri. 

Manakala, Seo Yi Gang pula adalah rangers yang terbaik dan dia mengetahui semua selok-belok kawasan pergunungan Jiri. 

Mereka berdua kemudian menjadi kawan dan bekerjasama untuk menyelamatkan pengunjung di pergunungan tersebut. Namun satu hari tragedi menimpa kedua-dua mereka, Hyun Jo berada dalam keadaan koma dan Yi Gang kembali ke pasukan dalam keadaan berkerusi roda.

Apakah yang sebenarnya terjadi kepada mereka adakah ia sekadar bencana atau ada misteri disebaliknya? Kalau korang nak tahu, strimlah di Astro Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

2. Secret Loyal Inspector & Joy

Kalau korang suka drama era Joseon, jangan lupa untuk tonton drama Secret Royal Inspector and Joy, lakonan Taecyeon 2PM! Drama ini berkisarkan tentang dua agen rahsia diraja yang menyamar untuk membanteras jenayah rasuah di dalam sebuah wilayah. 

Ra Yi Eon merupakan seorang pegawai pejabat penasihat khas diraja perlu bekerjasama dengan Kim Jo Yi, seorang wanita yang berhati kental yang baru sahaja bercerai, untuk mencari dan menyelesaikan masalah rasuah yang berlaku. 

Sebenarnya, Ra Yi Eon tak nak pun jawatan tersebut sebab impian dia adalah untuk membuka kedai ladu atau mandup. Tapi, disebabkan kepandaiannya, dia diserap menjadi penyiasat diraja. 

Untuk pengetahuan korang, pada era Joseon dahulu, sebenarnya agak susah untuk tengok wanita bercerai sebab isteri-isteri pada waktu itu memilih untuk menderita diseksa berbanding bercerai. 

Tapi, lain pula untuk Kim Jo Yi sebab dia lagi rela bercerai daripada disakiti dan dia tak suka dengar wanita Joseon mengalah dengan hanya duduk menderita di samping suami. 

Dalam proses bercerai dengan suaminya, Jo Yi dapat satu misi dan bekerjasama dengan Ra Yi Eun untuk menyiasat aktiviti-aktiviti rasuah di wilayah negara itu. 

Korang rasa Jo Yi dengan Ra Yi Eun ni boleh ke banteras rasuah dekat negara diorang? Ke diorang terkorban di tangan perasuah? Haa, kalau nak tau, kena lah tengok dekat Astro Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

3. Melancholia

Korang suka subjek matematik tak? Haa, kalau korang nak tau drama Melancholia ini mengisahkan tentang kehebatan pelajar sekolah menengah elit yang hebat dalam subjek matematik. 

Ji Yoon Soo, iaitu guru matematik sekolah tersebut sangat suka dan minat dengan matematik menyebabkan dia mempunyai target untuk berjaya serta menggalakkan pelajarnya untuk cuba sendiri soalan matematik untuk dapatkan jawapan sendiri. 

Berbeza pula dengan seorang pelajar bernama Baek Seung Yoo yang minatnya lebih ke arah fotografi kerana dia sangat suka mengambil gambar. Dia agak pendiam menyebabkan dia susah nak buat kawan di sekolah itu selain daripada keputusan peperiksaan yang teruk. 

Biasalah mesti ada cerita disebaliknya kan. Seung Yoo ni sebenarnya pernah je menyertai dan menang banyak pertandingan olimpiade matematik. Dan pada usia 10 tahun, dia dah masuk Massachusetts Institute of Technology(MIT) dekat US tau! Wow!

Tapi bila dah masuk umur 12 tahun, tiba-tiba dia hilang, minat dia pun mula berubah. Jadi, apa yang terjadi sebenarnya? 

Haa, kalau nak tau, korang wajib tengok drama Melancholia ni dekat Astro Ultra Box dan aplikasi Astro GO sebab kalau baca sinopsis je mana lah nak tau kan?

4. Work Later, Drink Now

Work Later, Drink Now ini menceritakan tentang kehidupan 3 wanita bujang yang dah berusia 30 tahun dan suka dengan minuman beralkohol. 

Mereka mempunyai azam dan semangat bebas serta berfalsafah dalam kehidupan mereka yang membuatkan mereka sering minum bersama selepas waktu kerja. 

Untuk pengetahuan, mereka bertiga mempunyai perangai serta kerjaya yang berbeza yang mana Sun Bin sebagai penulis penyiaran, Ji Yeon sebagai instruktur yoga dan Ji Goo sebagai seorang YouTuber. 

Selain itu, terdapat juga seorang lelaki yang turut bersama sertai diorang iaitu Kang Buk Gu. Kenapa Kang Buk Gu kawan dengan diorang? Adakah diorang akan putus kawan nanti? Kalau nak tau, jom tengok di Astro menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro GO sampai episod terkini.

5. Dali & Cocky Prince

Drama Dali and Cocky Prince ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Jin Moo Hak yang merupakan anak kedua dalam keluarganya. Dia tidak mempunyai pelajaran yang bagus namun dia amat cerdik dalam mencari duit. 

Dia menguruskan sebuah restoran global iaitu Dondon F&B yang mana syarikat tersebut pada asalnya bermula dengan restoran Gamjatang iaitu restoran yang menjual rebusan tulang babi. 

Sementara itu, Kim Da Li adalah seorang penyelidik daripada galeri seni yang dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga yang sangat kaya. 

Untuk pengetahuan korang, Da Li boleh bercakap dalam 7 bahasa dan mempunyai personaliti yang mampu memukau ramai orang. Walaupun dia sempurna macam tu, tapi dia ni sebenarnya tak pandai buat kerja rumah seperti memasak. Sayangnya.

Jin Moo Hak dan Kim Da Li ni pernah berjumpa tanpa mengetahui hal peribadi hidup masing-masing dan akhirnya diorang pun bercinta. 

Disebabkan galeri seni Da Li jatuh muflis, mereka bertemu lagi tetapi kali ni kehidupan diorang berbeza di mana Jin Moo Hak menjadi kaya hasil daripada menguruskan syarikat dan Da Li yang baru sahaja muflis. 

Nak tau apa punca galeri seni Da Li muflis dan macam mana Jin Moo Hak boleh berjumpa dengan Da Li? Korang wajib strim secara on demand drama ini dekat Astro Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

6. Show Window: The Queen’s House

Drama ini menceritakan tentang kehidupan Han Sun Joo yang mana hidupnya serba lengkap terurus. Dia mempunyai seorang adik angkat bernama Han Jung Won yang selalu tolong kakaknya sebab tak nak tengok kakaknya berada dalam keadaan susah. 

Han Sun Joo membantu suaminya, Shin Myung Seob untuk menaikkan lagi syarikat Rahen Group yang dimiliki oleh ibunya dalam masa yang sama membesarkan anaknya.

Namun, sebelum perkahwinan antara mereka, Shin Myung Seob ni mempunyai masalah kewangan dan dia datang daripada keluarga yang susah. Jadi, lepas berkahwin, hidupnya berubah serta merta kerana hasil pertolongan Han Sun Joo. 

Tapi, biasalah, dalam setiap percintaan, mesti ada perbalahan kan? Setelah Shin Myung Seob berjumpa dengan Yoon Mi Ra, dia tiba-tiba rasa tertarik dengan Yoon Mi Ra ni. Dan, lebih mengejutkan, Han Sun Joo berkawan dengan Yoon Mi Ra tanpa mengetahui perkara sebenar. 

Korang rasa apa yang akan terjadi nanti bila Han Sun Joo dapat tahu Shin Myung Seob ni sebenarnya pasang dua? Adakah Han Jung Won akan tolong kakaknya atau sebenarnya dalam diam dia ada perasaan dekat kakak dia? Kalau nak tau, kena lah tengok di Astro Ultra Box dan aplikasi Astro GO!

Haa, banyakkan ‘sajian’ yang ada dekat Astro untuk korang. Tunggu apa lagi guys, cepat-cepatlah strim sekarang!

Nikmati Banyak Lagi Movie Menarik Dengan Astro secara On Demand

Kalau korang dah penat tengok K-Drama berulang je, korang tak perlu risau lagi sebab dengan Astro, mereka ada menyediakan banyak lagi drama yang menarik untuk korang strim secara On Demand melalui Astro Ultra Box dan aplikasi Astro GO. 

Apa yang korang perlu buat adalah hanya sign up untuk Astro Pek Entertainment dari RM89.99 sebulan, klik DI SINI untuk maklumat lanjut. Untuk lebih info mengenai On Demand, layari laman web DI SINI

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...