Hoony WINNER dan Lisa BLACKPINK kembali beraksi dengan video tarian mereka!
Pada 2 minggu lepas, penari utama kumpulan WINNER Hoony, telah memuat naik video pendek di Instagram Reel, di mana dia dilihat bersama dengan Lisa BLACKPINK, menarikan lagu solo hit Lisa “Money”. Video tersebut telah tular dalam kalangan peminat dan kini mempunyai tontonan sebanyak 11.3 juta.
Tidak lama selepas itu, pada 9 Februari, Hoony telah memuat naik satu lagi video pendek, juga di Instagram Reel, bersama Lisa, dan kedua mereka menari lagu “Dancin” oleh Aaron Smith dan Luvli. Memang ‘smooth’ betul tarian mereka!
https://twitter.com/forlalisa_th/status/1491352264451457024
Video itu kini telah capai lebih 400 ribu tontonan, kurang dari 24 jam selepas ianya dimuat naik.
‘Cool’ kan diorang menari!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.